.... RM28,000 Hutang Yang Setiap Rakyat Perlu Tanggung | AAKJ





Nampaknya rakyat negeri Pulau Pinang akan semakin menderita di bawah pimpinan kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP. Tak cukup dengan bebanan pelbagai asakan cukai yang dikenakan, kali ini ditambah lagi dengan bebanan yang lebih besar.

Ini dapat dilihat apabila kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng cuba gadaikan negeri Pulau Pinang dengan pinjaman tanpa had dari China.

Kerajaan DAP Pulau Pinang telah meluluskan satu rang undang-undang membenarkan anggota Exco negeri itu diketuai Ketua Menterinya untuk meminjam wang dari Exim Bank milik negara China tanpa memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Pencadang usul, Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) berkata enakmen ini akan membolehkan kerajaan negeri meminjam wang dari Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) untuk membiaya Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Walaubagaimanapun, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada sebuah bank di China, disifatkan sebagai usaha meletakkan Pulau Pinang dalam keadaan bahaya.

Itulah yang disifatkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Tindakan ini bukan hanya mendapat reaksi kurang senang daripada wakil Barisan Nasional (BN) sahaja, malah turut mencetuskan persoalan di kalangan tiga wakil rakyat PKR dan dua ahli dewan undangan negeri DAP yang mempertikaikan rang undang-undang itu.

Malah salah seorang dari wakil PKR turut memberi amaran, Pulau Pinang terdedah kepada sebuah negeri muflis seperti Greece.

Terdahulu, ketika membahaskan rang undang-undang itu, ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin dari PKR berkata beliau khuatir pinjaman yang akan dibuat kerajaan negeri kelak akan menyumbang kepada risiko hutang negeri yang tinggi.

“Rang undang-undang yang dibentangkan hari ini jelas menunjukkan kerajaan negeri meletakkan Pulau Pinang dalam risiko hutang yang besar,” kata Norlela.

Sementara itu, ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Peng dari PKR pula mempersoal mengenai jumlah wang dan tujuan kerajaan negeri membuat pinjaman itu.

“Saya sebagai pemegang amanah ingin tahu kenapa rang undang-undang ini perlu diluluskan. Berapakah jumlah wang yang diperlukan (pinjaman) dan tujuan untuk kita buat pinjaman ini.

“Adakah RM1 juta atau RM100 juta atau RM10 bilion. Jumlah ini jika satu jumlah yang besar akan bebankan kita,” kata Cheah.

Kurang senang dengan tindakan itu, beliau mengingatkan kerajaan negeri perlu mengambil contoh pengalaman negara luar seperti Greece, Indonesia dan Filipina yang berdepan dengan bebanan hutang sehingga terpaksa menggadai tanah.

Tahun lalu, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perbelanjaan bagi PTMP telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion dan kerajaan Pulau Pinang perlu membuat pinjaman dalam jumlah bilion Ringgit bagi menampung perbezaan itu, atau pada jumlah RM19 bilion.

Kesimpulannya, dengan kiraan nisbah penduduk Pulau Pinang berjumlah 1.7 juta, hutang kerajaan negeri itu akan ditanggung setiap penduduknya dengan jumlah RM28,000 setiap seorang tanpa mengira usia termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Manakala pada masa sama, perbelanjaan pentadbiran kerajaan negeri turut meningkat lima kali ganda dari RM280 juta pada 2008 kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini. Pendapatan lazim tanpa penjualan aset kerajaan negeri adalah kira-kira RM400 juta setahun.

Pada minggu lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui mengesahkan sejumlah RM219 juta sudah dibayar olehnya bagi kajian kebolehlaksanaan untuk tiga buah jalan yang sudah tertangguh dan pembinaannya belum bermula.

Malah, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang sebelum ini meraih keuntungan turut menerima tempias penyusutan pendapatan dan rizab wang tunai hingga menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberi pinjaman sebanyak RM609 juta tahun ini.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top