.... Reben Putih Simbolik Ketelusan, Integriti Kerajaan DAP Sudah Mati | AAKJ





Dalam tindakan yang disifatkan sebagai simbolik kepada hilangnya ke­telusan dan integriti Kerajaan DAP Pulau Pinang, seramai 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak memakai reben putih di dada masing-masing dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.


Tindakan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO itu ternyata mengundang perhatian dan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan mereka yang menghadiri sidang DUN pagi ini.

Menjelaskan tindakan itu, Ke­tua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, solidariti tersebut juga sebagai tanda protes wakil rakyat BN terhadap prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang kononnya diperjuang kerajaan negeri yang disifatkan sudah mati.


Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad menjelaskan, semua wakil rakyat BN akan memakai reben putih tersebut sepanjang berlangsungnya sidang DUN sehingga Khamis ini.

“Ini adalah salah satu cara kita menunjukkan bantahan terhadap tindakan serta dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang yang jelas mem­belakangkan prinsip CAT dalam banyak perkara,” katanya kepada pemberita di luar sidang DUN.

Difahamkan, tindakan memakai reben putih itu juga mempunyai kaitan dengan keputusan Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menolak usul wakil rakyat BN yang menggesa supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti daripada jawatannya sehingga perbicaraan rasuah yang dihadapinya di mahkamah selesai.

Usul itu menjadi pertikaian antara wakil rakyat BN dengan Choo Kiang sebaik sahaja sidang dimulakan pagi ini selepas Muhamad Farid mempersoal tinda­kan menolak usul berkenaan daripada dibahaskan.

Choo Kiang yang memperjelaskan keputusan itu berkata, usul tersebut ditolak secara teknikal kerana sudah termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri sekali gus tidak perlu diperbahaskan.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top