.... Rafizi Terajui Negara, Malaysia Tiada Masa Depan | AAKJ




 

Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim mendakwa, Malaysia tidak akan memiliki masa hadapan sekiranya diterajui oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Zaid berkata, hal ini kerana Rafizi gemar melemparkan kata-kata pedas atau scathing kepada pihak-pihak yang tidak sehaluan dengannya.

“Jika Rafizi adalah masa depan Malaysia, sebenarnya kita tidak memiliki masa depan, Beliau adalah seorang yang gemar melemparkan kenyataan pedas kepada sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya,” kata Zaid dalam status terbaharu di Twitter hari ini.

Pergolakan dua pemimpin pembangkang itu mula tercetus selepas pemimpin PKR membawa sepanduk `Anwar PM ke-7’ di hadapan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada hari terakhir kongres parti itu, semalam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa, pengisytiharan bahawa Ketua Umum PKR itu akan diangkat sebagai Perdana Menteri merupakan satu perbuatan ‘sombong’.

Rafizi membidas Zaid dengan mendakwa, sebagai seorang ahli politik yang mempunyai sejarah turun-naik, dia tidak sepatutnya menyerang rakan-rakan dari pakatan pembangkang.

Naib Presiden PKR itu berpendapat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap relevan dalam politik Malaysia dan tidak ada mana-mana ahli politik di negara ini yang melalui ujian sepertinya.

Jelas Rafizi, Anwar adalah tokoh mencetuskan imaginasi rakyat serta melakukan sesuatu yang tidak terfikir sebelum ini, iaitu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

“Paling penting tiada sesiapa dalam kalangan ahli politik di negara ini masuk penjara dua kali kerana ingin memastikan sebuah kerajaan yang adil untuk rakyat terus hidup.

“Saya tidak terhutang budi kepada Anwar dan saya ada rekod menegur pemimpin lain PKR, tetapi tiada siapa yang sudah teruji seperti Anwar,” kata Rafizi.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top