.... Rafizi Manipulasi Angka 'Pendapatan-Perbelanjaan' Syarikat Miliknya? | AAKJ



5 Keraguan Besar Kenyataan Rafizi Berkaitan Dana & Perbelanjaan Invoke
1) 10 Mei 2015, Rafizi menyatakan dia ada simpanan RM212,000 dalam ASB dan RM464,372 di Tabung Haji. Jumlahnya adalah RM676,372. Pada 13 September 2016, Rafizi kata dia laburkan RM300,000 untuk Invoke

Dalam kenyataan pada 5 Mei 2017, Rafizi kata dia beri sumbangan sejumlah RM787,049 untuk Invoke guna duit Tabung Haji dan ASB. Bermakna ada tambahan lagi RM487,049 berbanding kenyataan awalnya pada September 2016.

Ini bermakna Rafizi telah keluarkan hampir semua wangnya di Tabung Haji dan ASB. Kenyataan Rafizi ini adalah andaian sahaja, sila nyatakan resit pengeluaran ASB dan Tabung Haji sebagai bukti?

2) Rafizi andaikan sejumlah RM857,369 berjaya dikutip menerusi majlis kutipan dana. Jumlah ini besar dan tidak diperincikan dengan jelas dalam berapa majlis dan siapa yang menyumbang dana. Apakah "along" yang meminjamkan duit kepada Adam Rosly juga turut menyumbang dana pada Rafizi?

3) Gaji kakitangan sejumlah 80 orang adalah sejumlah RM888,487, secara purata seorang adalah sejumlah RM11,106 seorang. Invoke beroperasi sejak Ogos 2016, sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke 10 Invoke beroperasi. RM11,106 bahagi 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang. Jumlah perbelanjaan gaji ini nampaknya amat tidak munasabah. Siapa hendak kerja tetap dengan gaji RM1,100.60 sahaja selama 10 bulan?

4) Rafizi sebut Invoke ada 17 pejabat, terlalu banyak jumlah itu. Aliran wang yang masuk ke setiap pejabat, siapa di setiap pejabat dan berapa sewa bulanan pejabat tidak diperincikan oleh Rafizi. RM44,654 untuk 17 pejabat selama 10 bulan Invoke beroperasi. Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan adalah RM262 sahaja. Ini jumlah yang tidak logik. Ternyata anggaran Rafizi ini hanya serkap jarang.

5) Rafizi bukanlah seorang penjawat awam. Mengikut tafsiran Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132 hingga Perkara 148. Perkara 132 (3) tidak mengkategorikan seorang ahli dewan rakyat sebagai penjawat awam. Kenyataan Rafizi itu jelas sekali salah dan berbohong.

Kenyataan Rafizi ini hanyalah anggaran rambangnya sahaja dan ianya perlu disahkan oleh pihak ASB, Tabung Haji, SSM, LHDN dan pihak pihak lain. Ini kerana, Rafizi sebelum ini sudah terbukti memfitnah lebih dari 10 kali.

Ada kemungkinan besar Rafizi buat kenyataan karut juga tentang Invoke ini. Rafizi kata ambil duit ASB dan Tabung Haji, Adam Rosly kata ambil duit along. Lebih kurang ja mereka berdua ini. Sama sama kaki belit.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top