.... Rafizi Lebih Takutkan Adam Rosly Berbanding Undang-Undang | AAKJ





Sebenarnya, agak lucu jika dilihat dari gerak geri Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Manakan tidak, sepanjang dia menjadi Naib Presiden PKR, dia dilihat cukup bebas menabur fitnah terhadap kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur.
Bukan sekali Rafizi dihadapkan ke mahkamah atas saman yang dikenakan terhadapnya akibat hobinya yang suka memfitnah. Dia kelihatan langsung tidak takut dengan undang-undang apabila dia secara berterusan menabur fitnah tanpa mengira siapa jua mangsanya. Pendek kata, gelaran Raja Penipu Malaysia yang dianugerahkan kepadanya, memang cukup tepat.
Namun begitu, sebagai manusia, Rafizi tidak dapat lari dari kelemahan. Mungkin bagi para penyokongnya, Rafizi adalah raja pendedahan pelbagai isu membabitkan kerajaan, namun jika diperhatikan betul-betul, Rafizi sebenarnya cukup takut dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan anak didiknya, Datuk Adam Rosly.
Boleh dikatakan, apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh Zuraida mahupun Adam, secara pantas akan dijawab oleh Rafizi. Ianya seolah-olah cuba menutup mulut Zuraida dan Adam supaya tidak memperkatakan tentang dirinya. Persoalannya, apa yang cukup ditakutkan oleh Rafizi?
Sekali imbas, mungkin ianya hanyalah helah politik semata-mata. Namun begitu, di dalam PKR hari ini, bukan satu rahsia lagi bahawa telah wujud dua kem yang masing-masing diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Di dalam kem Wan Azizah, Rafizi adalah salah seorang yang cukup setia dengan Anwar manakala Zuraida pula berada di dalam kem Azmin bersama-sama Adam Rosly.
Justeru, tidak hairanlah apabila Azmin begitu berang sewaktu Rafizi mengeluarkan kenyataan yang meminta ahli PKR menjauhi Adam Rosly. Tidak lama kemudian, Rafizi pula dilihat cukup gelabah apabila Adam Rosly membuka mulut menghentam kenyataan Rafizi sebelum ini.
Melihat kepada situasi ini, nampaknya, Rafizi lebih takutkan Adam Rosly berbanding deretan tindakan undang-undang yang dikenakan keatasnya. Mungkin Rafizi merasakan Adam Rosly adalah ancaman terbesarnya yang mana mungkin Adam Rosly mengetahui segala rahsia yang disimpan kemas oleh Rafizi. Atau mungkin sahaja Adam Rosly mengetahui bahawa OSF adalah orang kuat disebalik penubuhan INVOKE milik Rafizi.
-pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top