.... Rafizi Hanya Bayar RM75 Sebulan Untuk Letrik, Air, Internet? | AAKJ



Pada tahun 2016, Rafizi membuat pengakuan dan tercatat di dalam portal pro totok pembangkang, FMT bahawa beliau menubuhkan NGO untuk melawan Kerajaan BN.

Malah beliau menyebut bahawa begitu bangga dengan 'pengorbanan' yang beliau lakukan dengan jumlah wang peribadi yang beliau laburkan untuk itu.

RM500,000 bukan suatu jumlah yang kecil untuk permulaan sebuah 'NGO'. Dan NGO Rafizi adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Namun minggu lepas Rafizi gugup dan gementar dengan cabaran Adam Rosly supaya mendedahkan kewangan syarikat sendirian berhadi miliknya secara telus dan terperinci. Akhirnya rakyat Malaysia melihat ianya bukan satu pelaburan ikhlas dari Rafizi untuk parti tetapi pelaburan yang menjana keuntungan.

Dengan kata lain, NGO yang Rafizi tubuh adalah sebuah syarikat yang menjana keuntungan dan adalah menjadi kelaziman salah seorang atau bersama dengan rakan kongsi, masing-masing keluarkan modal awal untuk mulakan perniagaan. Untung, duit modal dapat balik dan kalau rugi maka modal itu hangus.

Dalam 'penyata akaun' yang Rafizi bentangkan kepada Adam Rosly, sehingga kini Rafizi telah keluarkan sejumlah wang - RM700 ribu lebih untuk operasi syarikat yang beliau kelaskan sebagai sebuah NGO.

Dan melalui penyata kewangan yang beliau laporkan kepada SSM itu juga, syarikat yang Rafizi kelaskan sebagai NGO tersebut memperolehi keuntungan sebelum cukai melebihi RM300,000.

Kalau dilihat modal v untung maka margin peratusan keuntungan syarikat yang Rafizi kelaskan sebagai NGO itu mempunyai keuntungan yang memberansangkan.

Namun di sebalik penyata pendapatan syarikat ini, kalau diamati satu persatu perbelanjaan yang meliputi 17 buah pejabat operasi di seluruh negara, benarkan itu angka belanja yang sebenar. 

Satu contoh yang mudah, nampak seperti pejabat Rafizi tidak dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin?

** Letrik, air, internet dan lain-lain:

RM 15, 412 dibahagi dengan 17 buah pejabat - anda boleh kira sendiri dan akhirnya ia menunjukkan pakej internet berapa ringgit sebulan yang Rafizi gunakan di keseluruhan pejabatnya di Malaysia ini?

RM75.50 sebulan - betulkah kiraan ini?

Lain-lain item anda boleh mula kira sendiri. Betulkah itu jumlahnya atau ada jumlah yang cuba dimanipulasi oleh Rafizi?

Satu perkara yang anih. Nurul Izzah betul-betul mempertahankan Rafizi di dalam krisis pergaduhan Rafizi dan Adam Rosly. Timbul pertanyaan, adakah syarikat Rafizi ni "kedai dobi duit" bagi Anwar dan keluarga?

Baca: Laporan Bisnis Rafizi: Syarikat Untuk 'Dobi Duit'?












Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top