.... PRU14 Akan Menjadi Medan Pilihan Raya Terakhir Saya – Kit Siang | AAKJ




Penasihat DAP, Lim Kit Siang percaya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi medan pilihan raya yang terakhir baginya.
“Saya telah berada dalam politik selama 51 tahun.
“Saya percaya pilihan raya umum akan datang – pilihan raya umum ke-14 – akan menjadi medan pilihan raya terakhir saya.
“Ramai yang bertanya di mana saya akan bertanding. Pilihan pertama saya ialah di Gelang Patah,” katanya ketika berucap di majlis makan malam mengumpul dana DAP di kawasan Parlimennya di Gelang Patah, semalam.
Lim berkata beliau berharap Gelang Patah akan menjadi simbol bagi negara untuk mencapai impian yang diperjuangkannya selama ini.
Dalam pilihan raya umum lepas, Lim bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah sebagai sebahagian daripada strategi DAP untuk membuka laluan baru di Johor.
Strategi meletakkan pemimpin utamanya bertanding dalam PRU13 menyaksikan DAP memenangi empat kerusi Parlimen dan 13 kerusi negeri di Johor.
Sebelum itu, Lim merupakan anggota Parlimen Ipoh Timur, di Perak.
Dalam ucapannya, Lim juga menyentuhkan tentang kerjasama beliau dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ada yang mempersoalkan mengapa, memandangkan Dr Mahathir tangkap saya dan (anak saya) Lim Guan Eng… jadi bagaimana kita boleh bekerjasama sekarang,” katanya.
Bagaimanapun, Lim menekankan tentang keperluan untuk melihat gambaran yang lebih besar ketika berdepan dengan sebuah kerajaan kleptokratik yang memerintah negara ini.
“Untuk menyelamatkan negara kita, kita perlu mengetepikan perbezaan kita untuk matlamat yang lebih besar,” katanya. – AP

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top