.... PRU-14 : PAS Dakwa Pakatan Tiada Harapan Menang | AAKJ





Tiada jaminan yang mampu membuktikan bahawa Pakatan Harapan mampu untuk membentuk sebuah kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 yang akan datang.

Timbalan Mursidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakub berkata, secara keseluruhannya Pakatan Harapan tidak ada peluang dan masa depan.

Malah PAS juga tidak risau dan langsung tidak tercabar dengan saingan yang bakal ditunjukkan puak Pakatan Harapan kerana yakin parti Islam sudah bersiap sedia di Kelantan

"Tiada ramalan (mana-mana pihak) mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan menang," katanya.

Ahmad berkata demikian selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Phak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2007 di Kota Bahru, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai persaingan dan pertempuran yang bakal dihadapi PAS untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14 tidak lama lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungan kerjasama dengan UMNO seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, beliau menegaskan bahawa PAS masih tetap berpegang teguh dengan pendiriannya untuk terus menjadi blok ketiga.

Selain itu, parti Islam itu turut mengambil langkah untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran termasuklah berdepan dengan persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, mereka juga tidak akan menghalang mana-mana pihak yang mahu bertanding.

"Kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada bertanding. Kita menghormati mereka," katanya.

-Kedahnews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top