.... PPBM kini ibarat Retak Menanti Belah | AAKJ





Tindakan Ketua Pendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden merupakan suatu tindakan yang sudah dijangka, ibarat retak menanti belah.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan itu juga sekali gus membuktikan keperi­badian dan kepemimpinan Muh­yiddin tidak disokong oleh ahli­nya sendiri ekoran tidak didukung atas dasar perjuangan parti.

“Selama ini, kalau dia (Muh­yiddin) mendapat tempat dalam UMNO, itu pun disebabkan oleh hasil kerja ahli-ahli UMNO dan bukan kebolehan dan keperibadiannya.


“Dia dahulu diangkat oleh Allahyarham Osman Saat. Selepas itu, apabila diangkat meme­gang jawatan, jadi yang berada di bawah mengikut sahaja.

“Namun kini, banyak ahli PPBM tidak berpuas hati dan itu bukan di luar jangkaan. Oleh itu, saya tidak nampak masa depan PPBM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti Seni Budaya dan Kesukarelawanan iM4U Puspanita Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dataran Kampung Laneh di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha Kementeriannya, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Mohamed Nazri mengulas mengenai desakan Azrul Suhadi yang mendakwa sebahagian besar daripada 24 bahagian PPBM di negeri ini mahu Muhyiddin meletakkan jawatan disebabkan be­liau bertanggungjawab atas segala kepincangan parti di peringkat kebangsaan dan negeri.

Menurut Azrul Suhadi, ahli parti sudah sampai ke tahap tidak dapat menerima tindakan Muhyiddin yang disifatkan sebagai tidak pernah ikhlas dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong serta pendukung parti lain.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top