.... Pinjaman Tanpa Had Dari China, DAP Cuba Gadaikan P. Pinang | AAKJ





Kononnya setiap tindakan mereka ambil untuk negeri mereka terajui sudah cukup ‘baik’ dan memberi manfaat kepada rakyat, namun kesan tindakan yang mereka ambil itu sebenarnya akan memberi keburukan.

Ini dapat dilihat apabila kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pimpinan Lim Guan Eng cuba gadaikan negeri Pulau Pinang dengan pinjaman tanpa had dari China.

Kerajaan Pulau Pinang semalam telah meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan ia meminjam wang daripada bank atau institusi kewangan untuk membayar projek prasarana baharu dan projek lain.

Pencadang usul, Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) berkata enakmen ini akan membolehkan kerajaan negeri meminjam wang dari Bank Eksport-Import China (Exim Bank of China) untuk membiaya Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Walaubagaimanapun, tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017, disifatkan sebagai usaha meletakkan Pulau Pinang dalam keadaan bahaya.

Itulah yang disifatkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah.

Katanya, kerajaan negeri sebaliknya perlu membuat beberapa kajian yang perlu dipertimbang, sebelum meluluskan enakmen untuk mendapatkan pinjaman daripada China Exim Bank.

“Belum pernah ada mana-mana syarikat perkhidmatan kenderaan awam yang berjaya mengaut keuntungan sepanjang beroperasi, selain kebanyakan daripadanya mencatatkan kerugian atau pulang modal.

“Tambahan, kapasiti penduduk seramai 700,000 di bahagian pulau juga belum tentu dapat memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman berkenaan,” kata Shah Headan pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Sebelum ia diluluskan, pembentangan enakmen yang dicadangkan Guan Eng yang merangkap Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya telah mendapat reaksi kurang senang daripada beberapa wakil rakyat kerajaan negeri ekoran tiada kada siling pinjaman ditetapkan.

Antara wakil kerajaan negeri yang menyatakan kurang senang dengan pembentangan enakmen itu ialah ADUN Berapit daripada DAP, Ong Kok Fooi; ADUN Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top