.... Pilih Logo Pun Gaduh Besar, Belum Lagi Pilih PM | AAKJ




Allah hendak tunjuk betapa masalah bertimbun-timbun di dalam pembangkang Pakatan Harapan (PH) sehinggalah kini mereka sesama sendiri bertelagah soal logo rasmi pakatan yang mencetus kontroversi di media sosial.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam memperkenalkan tiga rekaan logo PH yang telah disenarai pendek tetapi kesemua tiga rekaan itu buruk dan dikutuk serta dikritik netizen hari ini.

Difahamkan Rafizi telah memungut jutaan ringgit dana dari orang awam dipercayai hasil derma tetapi hanya mampu menghasilkan rekaan logo sebegitu yang tidak mempunyai aura malah ia kelihatan sebagai satu logo yang kelakar kerana cara menghasilkannya di buat sambil lewa.

Kalau tiga logo yang disenarai pendek sudah buruk begini, bagaimana pula rupa calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka yang bakal dipilih memimpin negara seandainya PH menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 nanti.

Peguam dalam PH, dari yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya menyelar Rafizi kerana sudah mendapat dana berjuta ringgit tapi hanya mampu menghasilkan rekabentuk logo seperti itu dan ia satu perbuatan yang melampau.


Mana tidak marah, logo itu sudah dikatakan akan digunakan sebagai mewakili PH dalam PRU14 tapi standardnya hanya pada tahap itu, tahap rekabentuk grafik remaja dan budak yang masih mentah. Sebagai seorang Rafizi, cepat-cepat beliau mengaku bukan beliau yang menghasilkan logo itu.

Para penyokong mereka begitu marah kerana rekaan berkenaan adalah memang teruk dan memperlihatkan PH lebih lemah berbanding Barisan Nasional (BN) dengan logo sebegitu rupa.

Kebanyakan pemimpin pembangkang lain di dalam PH antaranya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Presiden PAN, Mohamad Sabu setakat ini masih diam tidak berkata apa-apa mengulas berkenaan rekaan logo ini.

Kalau logo pun ketandusan idea, sudah pasti dalam pembangkang mereka begitu ketandusan pemimpin kerana semua dari mereka merasakan diri mereka lebih layak menjadi Perdana Menteri. Kit Siang rasa dirinya layak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mengakui suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim layak manakala, Mahathir pula mahu anaknya jadi Perdana Menteri.

Betapa terlalu sibuk melakukan kerja jahat sampai pembangkang sudah lupa bagaimana hendak bersatu dan bergerak dengan satu lambang. Tak tau nak cari idea untuk hasilkan logo dan buat rekaan sambil lewa dengan harapan ia akan diterima oleh rakyat. – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top