.... Pesta, Perarakan 'Cinta Sejenis' Malaysia Di Bulan Ramadhan? | AAKJ



Kumpulan yang menamakan diri mereka @Pelangicampaign di laman Twitter, telah memuat naikkan satu poster tentang sebuah kempen LGBTIQ yang akan diadakan pada bulan Ramadhan ini di Taylor’s University, Malaysia. 

Kempen yang dikatakan dianjurkan oleh gerakan Pride Not Prejudice dan School of Communication, Taylor’s University, akan diadakan pada 6 hingga 8 Jun 2017. 

Kempen yang dikatakan turut disokong oleh PT Foundation, Gerak Budaya, KRYSS, PELANGI dan SEED Foundation ini akan mengetengahkan beberapa acara seperti forum, booth pameran, tayangan filem dan perarakan yang dijadualkan berlangsung sewaktu umat Islam sedang menghayati kesucian bulan Ramadhan. 

PT Foundation dan SEED Foundation merupakan antara NGO yang banyak mendapat bantuan dana kerajaan bagi kerja-kerja yang dijalankan pihak mereka. 

Acara ini yang dikatakan bagi tujuan memperkenalkan keberanian dalam menonjolkan berbagai kepelbagaian, memberi fokus kepada isu-isu LGBTIQ di Malaysia. 

Menara.my sedang cuba untuk mendapatkan penjelasan tentang acara yang dijadualkan ini dari pihak Taylor’s University.

SUMBER: Menara



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top