.... Perkasa Lancar 'Perang' Terhadap MIC | AAKJ





Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melancarkan 'perang' terhadap MIC berikutan kenyataan biadab parti itu mengaitkan pertubuhan berkenaan dengan Daesh kerana mempertahankan Dr. Zakir Naik.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, berikutan tuduhan melampau itu, Perkasa akan mengambil tindakan undang-undang sekali gus akan memulakan kempen ke seluruh negara untuk mendesak rakyat menolak mana-mana calon MIC untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Justeru, katanya, semua pemimpin MIC terutama Bendahari Agungnya, Datuk Seri S. Vell Paari yang membuat kenyataan sedemikian untuk tampil menafikan atau memohon maaf atas keterlanjuran membuat tuduhan terhadap Perkasa.

“Kenyataan sangat kurang ajar dan paling jahat mengaitkan Perkasa dengan Daesh. Kenyataan penuh pemimpin MIC ini telah tersebar selain telah disiarkan di portal The Star Online.

“Kita akan lihat sejauh mana tindakan MIC untuk menafikan kenyataan jahat mereka dan minta maaf kalau tersilap atau tidak sengaja. Namun kempen untuk menolak MIC akan tetap diteruskan bermula Jumaat ini kerana mereka telah banyak kali menyentuh sensitiviti umat Islam yang menggesa penangkapan pendakwah terkenal itu,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top