.... Penggunaan Wang Rakyat Di Pulau Pinang Meningkat Hampir 500%, Bayar Cybertrooper Ketua Menteri? | AAKJ






Tersentak dengan peningkatan mendadak  perbelanjaan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang  amat mengejutkan semua pihak. Peningkatan yang menggunakan wang rakyat dilakukan sehingga hampir mencecah 500%.
Peningkatan ini difahamkan adalah untuk kepentingan politik Guan Eng semata-mata. Difahamkan menurut sumber peningkatan perbelanjaan di Pejabat Ketua Menteri ini adalah disebabkan untuk menampung beberapa perbelanjaan tambahan.
Perbelanjaan tambahan tersebut  seperti yang ditularkan ialah berkaitan dengan  pembayaran pejuang maya, atau cybertrooper.
Memperkasakan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang termasuk membentuk pasukan media dan siber sudah diperkatakan Helen Ang sejak dari tahun 2011.
Memetik laporan Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, Helen mendedahkan bahagian komunikasi di pejabat Lim Guan Eng sangat kukuh yang aktif di media sosial. Pengukuhan ini adalah bertujuaan untuk menepis pelbagai isu politik dan  bertujuan untuk menabur fitnah terhadap kerajaan  BN.
Peningkatan secara mendadak bagi peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah menjadi tular di media sosial. Rakyat percaya banyak perbelanjaan yang dilakukan oleh Guan Eng telah mengunakan peruntukan  kebajikan untuk rakyat.
Di Pulau Pinang rakyat masih lagi ada yang tidak mempunyai rumah mampu milik yang sepatutnya disediakan oleh Guan Eng sebagai Ketua Menteri  untuk memastikan rakyat  menikmati keadilan yang sepatutnya.
Namuan , apa yang dijanjikan hanya angan-angan semata-mata, rakyat menanti rumah mampu milik,  keadilan yang dijanjikan semasa  melaungkan slogan UBAH untuk merampas Pulau Pinang  daripada BN.
Sebagaimana kita ketahui , DAP acap kali menuding jari ke arah kerajaan apabila sesuatu pembangunan tidak mampu dilaksanakan. Alasan kekurangan bajet diberikan kepada rakyat disamping melakukan fitnah dengan mengatakan kerajaan menganak tirikan rakyat Pulau Pinang.
Tetapi rakyat harus melihat bagaimana projek mega yang dialakukan untuk satu golongan di Pualau Pinang dan golongan  marhaen sengaja dibiarkan untuk membentuk dua kelompok  memberi dan  menerima.
Ini adalah konsep politik yahudi dimana kewujudan kelompok menerima dan memberi ini adalah salah satu cabang strategi politik dan  memastikan ada golongan penyokong untuk golongan memberi. Langkah pertama ialah dengan merobohkan perkampungan orang Melayu.
Pada 2016, peruntukan kepada pejabat Ketua Menteri berjumlah RM161.59 juta, namun meningkat sebanyak 434 peratus menjadi RM707.61 juta pada 2017. Ia merupakan peruntukan terbesar untuk perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi belanjawan tahun 2017.
Menurut sumber, Selain memperkasakan ‘tentera maya’, Helen turut mendedahkan Guan Eng juga turut memperbesarkan ‘tentera darat’.
‘Tentera darat’ atau ‘DAPster Streetfighter’ diterjemahkan dengan nama rasmi sebagai Pasukan Peronda Sukarela Negeri Pulau Pinang (PPS).
Tetapi jika kerajaan BN  melakukan kadar perbelanjaan dan peningkatan perbelanjaan seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang, rasanya mahu bergegar bumi Malaysia dengan fitnah cybertrooper  DAP ini.
Kakitangan Guan Eng berpengkalan di Komtar, iaitu bangunan urustadbir kerajaan negeri. Mereka menerima gaji bulanan daripada kerajaan negeri dan dibiayai penggunaan segala kemudahan teknologi, komputer dan Internet mereka oleh pembayar cukai.
Adakah kerja parti DAP dan propaganda mengagung-agungkan seorang individu dipisahkan dari urusan rasmi negeri dengan menggunakan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan  menjada kepentingan  Guan Eng dengan membayar pemain siber.
Tidakkah orang ramai berminat untuk mengetahui secara terperinci apakah sebenarnya yang dibuat oleh sebegitu ramai kakitangan handpicked di pejabat ketua menteri itu dalam tugas-tugas harian mereka?
Free Malaysia Today pada 12 Feb 2011, Bahagian komunikasi di pejabat Lim Guan Eng sangat kukuh yang aktif di media sosial.Malah Chan Lilian, seorang petugas media di pejabat ketua menteri Pulau Pinang itu, pernah disiasat polis atas laporan menghasut dan baling batu sorok tangan.
Ng Wei Aik, setiausaha politik Guan Eng, yang juga Adun Komtar, cukup terkenal di YouTube dengan kekasarannya. [Ataupun cuba Google nama ‘Wei Aik’ + ‘samseng’].
Manakala Jeffrey Chew, pegawai khas Guan Eng telah melemparkan ungkapan-ungkapan “serial spin messenger”, “parrots the same spin” dan “continuous attempts to undermine the Penang state government by deliberately distorting facts” terhadap seorang awam yang menulis Surat kepada Pengarang mengkritik ketua menteri itu.
Jeffrey juga menuduh seorang lagi penulis surat sebagai “BN cyber-trooper”, “devious and dishonest” dan “a BN virus and worm …”.
Sementara itu, Wong Kim Fei, setiausaha akhbar (II) kepada Guan Eng, pernah menuduh NST membohong – tuduhan yang dinafikan Nuraina Samad, pengarang urusan suratkhabar tersebut.
Yang saya sebutkan di atas hanya contoh pegawai-pegawai Guan Eng memberi respons secara rasmi. Mana tahu pula jika mereka ada bergiat di alam siber sebagai ‘Anonymous’ ataupun menggunakan nama-nama samaran.
Dari segi jumlah setiausaha akhbar serta petugas bahagian penerangan pejabat ketua menteri, agaknya Pulau Pinang betullah berada di tangga teratas berbanding negeri-negeri lain.
  • PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top