.... Pendedahan Rafizi Hanya Mainan Politik | AAKJ




Apa yang dapat dicapai oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam perihal akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah membuktikan bahawa akaun berkenaan benar-benar digunakan untuk tujuan gerak kerja politik dan bukan untuk kepentingan peribadi.

Ia berdasarkan beberapa penerima yang didedahkan oleh Rafizi antaranya ialah UMNO Bahagian dan pelbagai individu untuk tujuan kerja politik.

Najib sebagai Presiden UMNO sudah memaklumkan bahawa akaun berkenaan adalah bukan untuk kepentingan peribadi dirinya sebaliknya adalah untuk kerja-kerja politik melibatkan dana yang diterima untuk tujuan itu.

Ia adalah peranan Presiden untuk mengumpulkan dana dan kemudian mengagihkan kepada mereka yang ditentukan.

Dalam peraturan tidak salah untuk seseorang Presiden parti memegang dana parti sebanyak mana pun untuk tujuan mengadakan program atau merangka strategi dalam politik. Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad pun pernah menguruskan berbilion ringgit wang dana politik.

Dalam soal isu wang syarikat SRC International Sdn Bhd pula, pihak Peguam Negara sudah membuat keputusan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah selepas meneliti kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Di awal-awal lagi sudah diterangkan bahawa duit di dalam akaun berkenaan adalah dana politik.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga pernah membuat kenyataan mengetahui kewujudan akaun tersebut.

Tindakan Rafizi mendedahkan senarai penerima wang dari akaun tersebut yang digunakan untuk tujuan politik hanya membuktikan kebenaran hujah bahawa ia dana politik Presiden UMNO bukannya untuk kegunaan peribadi.

Justeru siapa pemberi dan penerima wang tersebut bukan isu kerana negara ini membenarkan Presiden parti mendapatkan dana politik.

Sebenarnya, keadaan ini lebih kepada tiada undang-undang khusus yang mengawal pengumpulan dana politik di negara ini kecuali jika ada unsur rasuah atau penggubahan wang haram dalam kaedah pengumpulan dana politik ini.

Jika mahu diubah, gubal undang-undang pengisytiharan dana politik.

Undang-undang dana politik pernah disuarakan oleh Najib pada satu masa dulu tapi pembangkang yang bermatian-matian enggan menerima idea berkenaan dan tidak mahu ia dilaksanakan.

Tindakan Rafizi hanya mendedahkan bahawa benar akaun berkenaan digunakan untuk kerja politik. DAP dan parti pembangkang lain bila hendak jelaskan berkenaan dana yang anda semua perolehi pula? – pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top