.... Pemakan Dedak Mahathir Masih Belum Insaf Bodek Bapa Mukhriz | AAKJ





Nampaknya semakin ramai pembodek bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuarakan keinginan mereka untuk menjadikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia kembali, kononnya demi ‘menyelamatkan’ Malaysia.
Tak cukup dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilihat begitu taksub dengan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin juga taksub mahukan Mahathir menjadi perdana menteri.
Walaupun parti yang disertainya kini mahukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri jika pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun Zaid mahukan Mahathir menjadi perdana menteri kembali.
Malah beliau menempelak Pakatan Harapan (PH) yang hanya mengambil sikap berdiam diri dalam soal mengenai calon perdana menteri di kalangan pembangkang.
“Berikanlah PPBM bilangan kerusi yang adil, dan jadikan Dr Mahathir calon PM kita, seterusnya biarlah ahli UMNO bergolak sama sendiri.
“Itu sahaja ruang untuk kita menang. Meneka siapa menjadi PM bukan sesuatu yang kita mahu dalam mengharungi perang pilihan raya umum ke-14,” kata Zaid.
Manakala Zainuddin pula mendakwa kononnya rakyat boleh menerima Mahathir kembali menjadi perdana menteri walaupun usianya lebih tua daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana beliau menyifatkan pemikiran Mahathir kononnya jauh lebih segar, dinamik dan sezaman dengan harapan generasi baru, walaupun telah menjangkau usia 90-an.
“Rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan,” dakwa Zainuddin.
Memuji melangit bekas perdana menteri itu, Zainuddin mengatakan Mahathir berjaya melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu.
Antaranya, kata Zainuddin ialah menjalinkan kerjasama dengan DAP melalui penggabungan parti terbaharunya PPBM dalam Pakatan Harapan (PH), dan menjalinkan semula persahabatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim “yang kini meringkuk di dalam penjara kerananya”.
Dengan itu, beliau menyifatkan kejayaan Mahathir di gelanggang pembangkang setakat ini menunjukkan tidak mustahil Mahathir akan menjadi perdana menteri atas tiket PH, sebelum diserahkan kepada Anwar.
Beliau turut mengatakan Anwar juga tidak kurang licik seperti bekas bosnya itu.
“PAS yang pernah mengkafirkan UMNO tiba-tiba bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya selepas menerima ‘petunjuk dan hidayah’ daripada Anwar,” katanya, menyorot kembali usaha Anwar menyatukan pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top