.... Pas Tempelak Anwar | AAKJ





Pas menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat tohmahan berhubung pendirian parti itu terhadap pelbagai isu melibatkan kepentingan rakyat.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Ketua Umum PKR itu yang kini berada dalam penjara jelas sekali gagal memperoleh maklumat yang tepat, sama ada bacaan politik beliau terhadap Pas kini tidak menggambarkan realiti sebenar atau pemimpin PKR gagal menyalurkan informasi sahih dengan sekadar menyampaikan persepsi mereka sendiri.

“Kebelakangan ini Anwar dilihat menggunakan nama Pas untuk diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan. Pas ingin mengingatkan Anwar bahawa Pas kini konsisten dalam setiap tindakan politiknya.

“Ini juga membuktikan Pas semakin menjadi tumpuan lensa politik di Malaysia. Semua pihak mahu melihat Pas jatuh, malangnya dari sehari ke sehari Pas semakin relevan dan konsisten,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam Kongres Nasional PKR Ke-12 yang berakhir kelmarin, Anwar menerusi satu ucapan yang dibacakan sendiri oleh anaknya, Nurul Izzah telah melemparkan kritikan terhadap Pas yang dituduh tidak menolak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), tidak membantah kenaikan harga minyak dan gula malah tidak terlibat dalam perhimpunan Bersih 5.

Katanya, segala tuduhan berkenaan ternyata tidak benar termasuk kenyataan bekas Ketua Pembangkang itu yang mendakwa Pas mempunyai hubungan dengan UMNO selepas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Nasrudin berkata, dalam isu GST, pendirian PKR sepatutnya perlu dipersoalkan adakah benar mereka menolak secara total pelaksanaan cukai berkenaan sedangkan kenyataan Anwar sendiri jelas menyokong dan menyebelahi GST meskipun meletakkan pelbagai syarat dalam pelaksanaannya.

“Begitu juga kenyataan Nurul Izzah dalam blog beliau pada 29 April lalu pernah menyatakan bahawa ‘Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru’. Meletakkan syarat sebelum melaksanakannya bermakna seseorang itu tidak menolak perkara tersebut.

“Malah, pada Oktober 1992, sewaktu membentang bajet 1993, Anwar turut menegaskan GST perlu dilaksanakan dalam kondisi yang transparent (telus) dan efisyen,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top