.... ‘Parti Mahathir’ Mahu Ketuai Pembangkang Di Kedah, Berapa Orang Ahli? | AAKJ





Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membayangkan hasratnya untuk menerajui gabungan tiga parti dalam Pakatan Harapan di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu dinyatakan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang turut yakin mandat besar kepada PPBM di Kedah itu bakal dipersetujui rakan pembangkang lain membabitkan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Itu hasrat PPBM untuk (ketuai jentera Pakatan Harapan) Kedah, kerana kita tahu sokongan rakyat negeri ini kepada kita (PPBM) cukup luar biasa, saya percaya rakan Pakatan Harapan pun sedia mengetahui kedudukan kita.

“Isu pokok mengenai siapa (yang menerajui) memang soal pertama, tetapi lebih penting siapa yang boleh tentukan kejayaan, kalau kami lihat di Kedah, pastinya PPBM boleh ke depan, jika dipersetujui untuk digerakkan sebagai parti ‘lead’ (teraju), ia lebih baik supaya semangat juang kita lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Badan Perhubungan PPBM Kedah di sini, yang turut dihadiri Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditanya mengenai PAS mengakui PPBM kini sudah memutuskan untuk menerima pendirian bahawa kerjasama bersama parti itu tidak akan berlaku dan pihaknya kini mengatur strategi baharu untuk berdepan PRU-14 bersama tiga rakan lain dalam Pakatan Harapan.

Berhubung tindakan PKR yang mengarahkan lantikan politik di Kelantan melepaskan jawatan susulan isu tahaluf siyasi bersama PAS, beliau mengakui ia adalah reaksi yang dapat dijangka, malah tepat sekali diambil PKR untuk terus bergerak ke depan.

Muhyiddin ketika ditanya mengenai soal pembahagian kerusi dalam kalangan anggota Pakatan Harapan, berkata proses rundingan kini sedang berjalan dengan pasukan PPBM diketuai Mukhriz

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top