.... PAN Selar PAS, Ini Malaysia Bukannya Makkah | AAKJ





Pemikiran Khawarij PAS yang melihat pelaksanaan syariah secara keras, kasar dan tanpa menghiraukan suara `orang lain’ bukan syariah Islam.

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (PAN), Zolkharnain Abidin berkata, PAN mermpunyai pendekatan tersendiri untuk menegakkan syariah berteraskan Perlembagaan Negara.

“Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak seharusnya melihat hanya dirinya atau partinya saja yang mahukan syariah tertegak di negara ini.

“PAN ada pendekatan sendiri yang diyakini berupaya meletakkan syariah pada tempatnya tanpa mengganggu-gugat keharmonian bermasyarakat.

“Pemikiran Khawarij bukanlah daripada syariah. PAN komited dengan syariah, pelaksanaan syariah tetapi bukan dengan kerangka pemikiran Khawarij,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Khawarij merujuk kepada golongan pengganas yang menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum kafir melalui takfir.

Muktamar PAS baru-baru ini mengecam Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP kerana cuba menghalang usaha parti itu memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

Pakatan Harapan dianggotai PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zolkharnain berkata, pelaksanaan syariah dalam negara ini perlu dilihat dari sudut maqasid yang mengambil kira realiti, keutamaan, andaian, perimbangan dan implikasi.

“Malaysia bukan Makkah atau Madinah atau Baghdad dan Basrah. Kita hidup pada era langit terbuka, maklumat tersebar pantas dan manusia semakin kritikal,” katanya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top