.... PAN Calonkan Mat Sabu Jadi Perdana Menteri Ke-7 | AAKJ





Nampaknya persaingan siapa yang layak menjadi calon perdana menteri dikalangan puak Pakatan Harapan itu kini bukan melibatkan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sahaja, malah kini ia turut menjadi rebutan oleh Parti Amanah Negara (PAN).

Parti pentaksub nombor satu parti rasis dan cauvinis DAP ini sudah tentu tidak mahu ketinggalan merebut jawatan berkenaan. Maka mulalah parti itu mencadangkan nama Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu, sebagai Perdana Menteri pilihan.

Sekali gus, ini menyebabkan soal siapa sebenarnya calon perdana menteri dikalangan puak Pakatan Harapan itu semakin bertambah celaru. Ini kerana banyak sangat nama yang telah diberikan. Antaranya adalah Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail kata sanggup jadi “seat warmer”.

Tidak bersetuju dengan tindakan PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh, antara nama yang disebut Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub sebagai calon perdana menteri adalah nama Mat Sabu.

Sebaliknya menurut Salahudin, bekas Ketua Pembangkang itu sepatutnya calon Perdana Menteri (PM) kelapan bukan ketujuh.

Katanya, Pakatan Harapan perlu memilih calon perdana menteri dalam kalangan pimpinan yang ada menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PM ketujuh akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan Anwar,” kata Salahudin.

Menurut Salahudin, calon perdana menteri ketujuh boleh dilantik sama ada Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bosnya sendiri, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, beliau juga sempat menyindir PKR, katanya memang mudah berpidato mengajak orang lain supaya jangan berjuang untuk kepentingkan peribadi atau parti sendiri.

“Bukan semua pemimpin lulus ujian ini. Nelson Mandela, Khomeni, Ghandi dan Ghanoeshi telah membuktikan bahawa adalah pemimpin kelas dunia yang meletakkan rakyat dan negara adalah prinsip utama perjuangan mereka,”kata Salahudin.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top