.... Pakatan Harapan Guna Pengundi Hantu, Adakah Mahathir Setuju? | AAKJ





Jika sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mentadbir negara, bagaimanapun Najib telah membuktikan sebaliknya. Najib membuktikannya dengan membawa pelbagai kejayaan kepada negara.

Baru-baru ini sahaja, Najib sekali lagi membawa kejayaan besar kepada Malaysia selepas meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur untuk memajukan negara.

Mahathir sengaja tidak mahu mengakui kejayaan yang Najib bawa kerana dendam, sebaliknya beliau lebih gemar memburuk-burukkan pemimpin negara itu sehingga ke luar negara. Beliau sanggup memusnahkan imej dan ekonomi negara sendiri, asal sahaja nafsu politik beliau dapat dilampias.

Mahathir yang merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini tidak pernah menafikan menggunakan khidmat pengundi hantu untuk memenangi kerusi parlimennya Kubang Pasu mengalahkan calon PAS pada ketika itu, Subky Latif.

Jika di imbas kembali, kemenangan Mahathir pada Pilihan Raya Umum 30 November 1999 itu menjadi kontroversi selepas pembangkang mendakwa Mahathir menggunakan khidmat 2,000 pengundi hantu untuk mendapat keputusan majoriti 22,399 berbanding 12,261 undi berpihak kepada Subky.

Namun seperti kebiasaannya , Mahathir mula melempar dakwaan jahatnya terhadap Najib. Kini, Mahathir mencipta kontroversi untuk memburukkan imej Najib bahawa kemenangan Presiden UMNO itu di parlimen Pekan dibantu oleh 2,000 undi tentera yang tertakluk dibawah sempadan parlimen tersebut.

“Mahathir katakan Najib menang pilihan raya umum 1999 disebabkan oleh 2,000 undi tentera. Mahathir juga pernah dituduh memenangi kerusinya pada pilihan raya umum 1999 menggunakan 2,000 pengundi hantu.

“Apabila ditanya wartawan mengenai tuduhan tersebut dalam sidang media pada awal 30 November 1999, Mahathir tidak pernah menafikannya dan menjawab,”Pembangkang juga membuat perkara sama”,” dedah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh berkata demikian sebagai mengulas ‘leteran’ Penasihat Pakatan Harapan itu diblognya. Malah Salleh turut mengulas Mahathir mendakwa Najib cuba menyekat sumbangan dan dana bagi kempen pilihan raya pembangkang dimana bekas Perdana Menteri itu membuat pengakuan bahawa ianya menelan belanja mencecah jutaan ringgit.

“Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan pelik hari ini. Beliau mengakui bahwa ratusan juta diperlukan untuk memenangi pilihan raya.

“Malah, Mukhriz Mahathir berkata jumlah tersebut mencecah RM1.5 bilion, yang mana merupakan jumlah sama didakwa pembangkang telah dibelanjakan Mahathir semasa pilihan raya umum tahun 1999,” kata Salleh.

Menerusi blog Mahathir juga kata Salleh, seorang ahli perniagaan pro pembangkang yang akrab dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluh kerana berdepan dengan diskriminasi oleh kerajaan pemerintahan Mahathir pada 1999 dan syarikat berkenaan terpaksa menjual aset mereka kerana berdepan tindakan kerajaan akibat mengelak cukai.

“Cara Mahathir merungut, beliau memberi gambaran bahawa mereka yang menyokong pembangkang adalah individu tidak jujur yang menipu kerajaan dengan mengelak cukai.

“Kerana itu semua penyokong dan pembiaya pembangkang kini disasat kerana mengelak cukai pendapatan,” kata Salleh.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top