.... Orang Ramai Dinasihatkan Agar Jauhi Parti PAN | AAKJ





Pas menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ceramah politik dari Parti Amanah Negara (PAN) yang mengaitkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepotong ayat dari surah Hud.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyedari ada beberapa pemimpin PAN ketika menyampaikan ceramah di Kelantan menggunakan nama ayahnya dengan ayat al-Quran berhubung larangan cenderung kepada orang berlaku zalim.

Katanya, PAN cuba menghasut rakyat dengan mendakwa kononnya Pas cenderung menyokong UMNO yang mereka anggap sebagai sebuah parti Melayu yang zalim kepada rakyat Malaysia.

“Ayat 113 dari Surah Hud yang dibaca oleh arwah ayah saya ketika itu disebabkan UMNO menolak hukum hudud. Sekarang UMNO menyokong Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) dan mereka tidak lagi zalim dalam melanggar perintah Allah.

“Tapi pemimpin PAN datang ke Kelantan, mereka baca ayat ini untuk menakutkan orang ramai agar tidak bersama Pas yang nampak cenderung kepada UMNO, sedangkan bagi mereka UMNO adalah zalim,” katanya dalam satu ceramah politik di Pasir Mas malam kelmarin.

Menurut Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Pas sehingga kini tidak pernah memeterai sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah masih menegur parti itu seperti biasa.

Beliau berkata, PAN yang cenderung kepada orang yang zalim kerana bersekongkol dengan DAP yang jelas menolak hukum-hukum Islam.

“Ketika UMNO tidak setuju dengan hudud, DAP yang setuju dengan enakmen itu tuduh UMNO zalim lawan al-Quran. Sekarang UMNO menyokong RUU355 tapi DAP pula tidak setuju dan PAN menyokong DAP. Siapa yang zalim sekarang?

“Kalau PAN tuduh Pas condong kepada orang zalim seperti berbaik dengan UMNO, kita juga ada hak menuduh PAN condong dan cenderung kepada orang zalim iaitu DAP.

“Tentunya kita belum ada lagi tahaluf siyasi dengan UMNO, tapi PAN sanggup langgar baiah dengan Pas untuk bersama DAP dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berharap rakyat yang juga pengundi di Kelantan menolak perjuangan PAN yang tidak ada hala tuju melainkan berkiblatkan DAP.

-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top