.... Nurul Izzah Mula Tabur Fitnah Basi Terhadap SPR | AAKJ





Kini, sudah terserlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah kepimpinan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail sememangnya ingin menonjolkan parti itu sebagai parti yang sering menyebarkan fitnah.
Tidak cukup Rafizi Ramli yang dianggap paling terkenal di kalangan pemimpin PKR sebagai ‘kaki fitnah’, kini Nurul Izzah Anwar juga dilihat begitu.
Siapa yang tidak kenal dengan Rafizi Ramli yang sering menunjukkan sikap jahatnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan Rafizi itu dilihat cuba meraih simpati, kononnya beliau sebenarnya mempertahankan hak rakyat sedangkan secara faktanya Rafizi hanya bercakap berlandaskan nafsu jahatnya.
Hari ini, Nurul Izzah dilihat mula tabur fitnah basi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya paling ‘kotor’ kononnya disebabkan ‘kegagalan’ SPR mengendalikan bantahan siasatan awam melibatkan daftar pemilih.
Katanya, pengundi yang melalui proses bantahan itu terpaksa menunggu sehingga 6 bulan sebelum namanya dimasukkan dalam daftar pemilih.
“Dan tidak ada jaminan sekiranya dia (pengundi) tidak hadir semasa namanya dibantah.
“Pada saya, apa yang amat saya bimbangkan PRU14 ini akan jadi pilihan raya paling kotor dan paling manipulasi dalam sejarah Malaysia.
“Saya harap pimpinan (SPR) harus faham isunya bukan mahu memperbaiki birokrasi, tetapi anda menafikan hak pengundi untuk memilih dan anda membuat ianya juga sukar kepada kami,” kata Nurul Izzah.
Malah sebelum ini beliau bersama Pemuda Pakatan Harapan Selangor menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Pengarah SPR Selangor, Kamarul Azman Ahmad Sabri kerana tidak mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RPDT) suku tahun kepada parti politik yang bertanding.
Manakala, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara SPR Selangor mengendalikan proses bantahan 274 kes siasatan awam di cawangan SPR Shah Alam.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top