.... Nurul Izzah Layan Adam Rosly Macam Sampah | AAKJ



Sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adam Rosly sedang bercuti, maka tak perlu lah kita endahkan apa-apa kenyataan memandangkan tumpuan bagi pimpinan untuk melawan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah kolej di Kajang hari ini selepas diminta mengulas serangan yang dilakukan Adam terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW.

Malah, Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan ahli Parlimen Pandan itu yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).’

Semalam, Adam memberi Rafizi masa selama 48 jam untuk mendedahkan butiran dana melibatkan NOW dan Invoke kerana katanya ia adalah koleksi wang daripada orang awam secara berterusan.

Gesaan itu menyebabkan Rafizi tampil mendedahkan pendapatan Invoke walaupun pendedahannya termakan diri sendiri kerana ianya sebuah pendedahan yang karut.

Selama ini Rafizi tidak peduli pun desakan dari pemimpin UMNO BN tetapi beliau agak tersentap dengan cabaran Adam Rosly. Anda tidak pelik?

Dari pengamatan ahli parti PKR, menurut sumber dalaman pakatan harapan, kenyataan Nurul Izzah ini menunjukkan betapa beliau dan Rafizi berada di kem yang sama bersama Wan Azizah dan menolak untuk bersama dengan kem Azmin-Zuraidah. Anda boleh agak Anwar di sebelah siapa selepas ini dengan jelas.

Paling jelas, Nurul Izzah adalah 'ketua' unit disiplin parti dalam kes skandal rasuah Adam Rosly. Layakkah Nurul Izzah untuk mengadili ahli parti?


Rafizi menunggu masa untuk ke penjara, Adam Rosly baru nak mula kes - Nurul Izzah pilih Rafizi, anda fikir kenapa. Bukan kerana 'saluran duit' yang Rafizi sedang cipta?

Ahli Parlimen pembangkang hingga ke saat ini tidak bersetuju apabila PM Najib ingin wujudkan akta tentang dana politik. 

Berapa banyak yang Anwar ada di luar negara dan tersangkut untuk dibawa masuk. Betul ke dengan menggunakan NGO maka mudah dibawa masuk tetapi perlu berhati-hati dengan jumlah yang dibawa masuk, betulkah?

Kesian Adam Rosly, dilayan macam penjenayah oleh kepimpinan PKR. Anwar yang sudah terbukti peliwat dengan segala bukti yang tidak boleh dan tidak mampu dinafikan oleh Anwar dilayan seperti Dewa Politik!!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top