.... Ng Suee Lim Diminta Perjelaskan “Pow 15%” Dari Projek Kerajaan Selangor | AAKJ





ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim diminta menjelaskan dakwaan beliau menerima komisen sebanyak 15 peratus daripada projek di bawah kerajaan negeri Selangor di DUN Sekinchan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa, beliau diberitahu berhubung perkara itu dan meminta Swee Lim menjelaskan dakwaan berkenaan.

“Saya ingin bertanya kepada YB Ng Suee Lim, betulkah daripada projek di bawah kerajaan negeri Selangor di DUN Sekinchan ini, Ng Suee Lim mengambil 15 peratus komisen?

“Ini hanya satu pertanyaan, bukan satu tuduhan dan saya minta rakan-rakan media sampaikan pertanyaan ini kepada Ng Suee Lim dan tolong jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Sekinchan di sini, malam tadi.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan kesediaan BN khususnya di DUN Sekinchan dan Parlimen Sungai Besar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

“Kita di Parlimen Sungai Besar dan DUN Sekinchan ini adalah yang pertama menggerakkan jentera bagi menghadapi PRU14 yang akan berlaku dalam beberapa bulan waktu yang terdekat.

“Saya amat yakin DUN Sekinchan untuk PRU akan datang akan menguburkan DAP, akan melenyapkan nama Ng Suee Lim ini daripada Sekinchan dan kita akan menangkan calon kita,” katanya. 

– MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top