.... Najib Hapuskan Amalan Kronisme, Mahathir Naik Hantu | AAKJ





Jika dilihat dakwaan-dakwaan yang pernah dilemparkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, ianya hanya dakwaan yang berniat jahat untuk memburuk-burukkan pemimpin negara itu.

Sejak keluar parti kerana kepentingan peribadi tidak ditunaikan, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjadi pengkritik lantang yang mengkritik Najib.

Apa sahaja yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Najib kepada rakyat dan negara, pasti akan dikritik dan diburuk-burukkan dalam usaha untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan pemimpin negara yang telah banyak membawa kejayaan besar kepada negara.

Sikap jelik yang seolah sukar dihapuskan dalam diri bekas perdana menteri keempat itu, Mahathir mencipta persepsi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membekukan akaun ahli politik pembangkang sebagai langkah menyekat dana kempen Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menerusi penulisan di blognya bertajuk ‘How Najib Plans To Win’ semalam, Mahathir mendakwa ianya merupakan langkah strategik Perdana Menteri itu untuk memastikan kekalahan pembangkang.

“Sejak sekian lama beliau (Najib) cuba menyekat dana pembangkang.

“Pilihan raya memakan belanja. Poster, bendera, kain rentang memerlukan perbelanjaan besar. Ratusan ribu barangan ini perlu dikeluarkan. Ianya akan menelan belanja sehingga berjuta.

“Pekerja perlu diberikan elaun, diberi makan nasi lemak dan air botol. Dan akan ada puluhan ribu pekerja. Dengan 2 botol air sehari, 30,000 hingga 40,000 botol akan dihabiskan,” kata Mahathir.

Mahathir mendakwa Najib tiada masalah untuk mengeluarkan belanja kepada jentera BN kerana mempunyai wang berjuta-juta ringgit.

Bagaimanapun, penganalisis politik Lim Sian See membidas kenyataan Mahathir dan menyifatkan Mahathir yang merangkap Penasihat Pakatan Harapan itu sebagai pembohong.

Dalam nada sindiran, Sian See membangkitkan kekayaan yang dimiliki anak Mahathir yang disenaraikan sebagai Melayu kedua terkaya didunia dengan aset RM4.3 bilion pada 2014 – tidak termasuk kekayaan dimiliki oleh Mirzan dan Mukhriz merangkap Timbalan Presiden PPBM.

“Dia kata kos pilihan raya sangat tinggi dan strategi Najib untuk menang adalah dengan menyekat dana dan derma kepada pembangkang. Dan tanpa ia, pembangkang tidak boleh menang.

“Takkan RM4.3 bilion tidak cukup? Jika betul tidak cukup, kamu boleh meminta kawan kamu Daim Zainuddin yang suatu masa dahulu pernah memiliki 14 bank diserata dunia.

“Atau kamu boleh memanggil George Soros, yang sudah didedahkan membiayai pembangkang sebagai sebahagian daripada ‘Malaysia Program’,” sindir Sian See sambil meminta Mahathir berhenti mendakwa tidak mempunyai dana untuk berkempen.

Mengulas lebih lanjut mengenai Mahathir juga mendakwa Najib menyekat mana-mana sumbangan kepada pembangkang yang melebihi RM40,000, Sian See menjelaskan polisi berkenaan bukan sahaja diaplikasikan Malaysia tetapi diseluruh dunia.

Namun sebenarnya rungutan Mahathir ini, Sian See mendedahkan bekas perdana menteri itu sebenarnya tidak berpuas hati dengan ‘tycoon’ perniagaan proksinya dikenakan cukai begitu tinggi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Nampaknya Mahathir masih tidak berpuas hati dengan rakan tycoon korporat yang diaudit LHDN dan didapati mempunyai tunggakan cukai terlalu besar.

“Salah satu kawan lamanya adalah pemaju hartanah Country Heights dimana Mahathir membeli rumah banglo besarnya, yang mengakui berhutang cukai pada 1997-1998 dan bersetuju untuk membayarnya,” kata Sian See.

Sehubungan itu, Sian See berkata tidak semestinya Mahathir mempunyai dendam terhadap Najib, tidak semestinya beliau boleh sewenang-wenangnya membuat tuduhan atau lebih teruk lagi mendakwa keluarganya miskin.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top