.... Mengaku Menjadi Imam Kepada Suami, Peguam Wanita Ini Ingin 'Test' Ulama Malaysia? | AAKJ



Pada April yang lalu, 'Raja Bomoh' sudah bertaubat kerana amalan perbomohan yang dikatakan tidak masuk akal dan lari dari syariat Islam.

Pantas bertindak, polis memburu Ibrahim Mat Zin yang juga terkenal dengan nama 'Mahaguru'. Beliau ditangkap di Johor dan akhirnya Mufti Wilayah Persekutuan mengetuai program untuk pemulihan 'Raja Bomoh'.

JAWI boleh dikatakan mencipta sejarah, tidak memilih bulu dalam isu akidah umat Islam di negara ini.

Kali ini cabaran datang lagi. Nampak seperti isu ni kecil namun yang membuat pengakuan bukan calang-calang orangnya. Anak Datuk dan entah 'Datuk' mana. VIP mana dan siapakah beliau masih menjadi tandatanya.


Namun mengenali PDRM, kes untuk mencari dan membawa beliau untuk sesi pemulihan akidah bukannya perkara yang sukar.

Kalau dibiarkan, terus rosak Islam di negara ini. Bayangkan tafsiran kedudukan solat wanita begitu jauh terpesong. Islam tidak pernah meletakkan wanita di kelas bawahan dan jauh sekali sebagai hamba kepada mana-mana lelaki.

Allah swt letakkan Wanita di tempat paling tinggi. "Syurga di bawah tapak kaki ibu" - sudah cukup untuk meletakkan darjat wanita Islam di sisi Allah swt.

Belum lagi - wanita lebih dahulu masuk syurga untuk buat persiapan kepada suaminya, menunggu untuk kekal bahagia di syurga selamanya.

Kedudukan wanita di dalam solat bukan ukuran kerana itu adalah untuk menjaga maruah wanita Islam. Bahkan pakaian wanita untuk bertemu dengan Allah semasa Solat juga menunjukkan betapa rapinya sang wanita apabila berhadapan dengan Allah swt.

Tidak perlu Aakj letak hadis dan firman sebagai nas kerana ada yang lebih layak. Cukuplah jabatan agama bertindak segera. Jauh sesatnya ni.

Khabarnya berasal dari Kelantan dan kerjayanya seorang peguam. Pernah berkahwin dengan kerabat di Raja dan kini khabarnya bernikah dengan 'Mat Salleh' dan dia bangga boleh jadi imam kepada suami barunya.

Samada beliau membuat pengakuan itu atas maksud ingin mengajar suami atau sememangnya beliau mentafsirkan Islam dan melakukan ibadat mengikut cara beliau sendiri seolah Nabi saw sebagai utusan Allah swt tidak wujud. Terserah kepada siasatan jabatan agama.

Tafsiran bodoh AAKJ: Dalam Quran pun Allah tidak tunjukkan bagaimana ambil wuduq, tidak tunjukkan bagaimana cara yang Allah swt suka untuk makan misalnya - siapa yang tunjukkan?

Jangan pandang remeh isu ini.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top