.... Mahfuz Meroyan Sakan Bila Exco PAS Di Selangor Kekalkan Jawatan | AAKJ





Tak cukup Setiausaha Agung DAP yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menunjukkan sikap jelik apabila menggesa tiga Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS meletakkan jawatan, kini ahli parti itu sendiri turut menyarankan tindakan yang sama.
Guan Eng baru-baru ini menempelak tiga Exco tersebut supaya meletak jawatan sekiranya mereka bermaruah. Malah lebih jelik sikap Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu, cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.
Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.
“Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin PAS yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.
“PAS mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa PAS bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung,” kata Guan Eng.
Namun lebih jelik dalam isu ini apabila ahli parti PAS sendiri meroyan apabila Exco PAS di Selangor kekalkan jawatan. Ini boleh dilihat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sendiri turut menggesa tiga Exco tersebut meletak jawatan.
Meskipun kekal bersama partinya, namun Mahfuz dilihat lebih gemar menyokong parti pembangkang lain berbanding parti sendiri. Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena ini sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin parti PAS.
“Dalam situasi yang berlaku di Selangor sekarang, Exco-Exco PAS sepatutnya meletak jawatan serta merta sebaik sahaja Majlis Syura Ulamak mengesahkan keputusan Muktamar yang telah memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR tanpa perlu diminta atau dipaksa oleh sesiapa.
“Perletakan jawatan ini adalah untuk menunjukkan isyarat bahawa pendirian PAS Pusat dan Selangor selari dengan keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak, di mana PAS tidak lagi dapat bersama PKR di atas alasan-alasan pemutusan tahaluf siyasi sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS,” kata Mahfuz.
Tak cukup dengan itu, Mahfuz menempelak pula pendirian Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau menyifatkan ia kelihatan masih ‘ragu-ragu’ di dalam mendukung keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak apabila cuba untuk menyandarkan kedudukan Exco PAS di Selangor kepada proses pelantikan Exco-Exco tersebut yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor.
“Amatlah tidak wajar Tuan Ibrahim dan PAS untuk mengheret institusi raja dan mencari perlindungan politik istana semata-mata untuk mempertahankan ghanimah kedudukan Exco PAS di Selangor.
“Tuan Ibrahim selaku seorang tokoh politik kanan sepatutnya arif bahawa di dalam konteks sistem Raja Berperlembagaan, pelantikan Exco Kerajaan Negeri walaupun dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja, tetapi ianya adalah atas nasihat dan cadangan nama yang diangkat oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar.
“Bagi saya, Tuan Ibrahim tidak perlu mengulangi ‘skrip’ yang pernah dimainkan oleh mantan-mantan Exco Kerajaan Kelantan dari Parti Melayu Semangat 46 yang enggan meletakkan jawatan Exco pada tahun 1996.
“Walaupun pada ketika itu Semangat 46 telah memutuskan hubungan dengan PAS dan kemudiannya dibubarkan bagi membolehkan ahli-ahli parti tersebut menyertai UMNO atas alasan pelantikan mereka dibuat oleh Tuanku Sultan Kelantan, selain dari dalih kononnya untuk meneruskan mandat yang diperolehi bersama Angkatan Perpaduan Ummah di dalam Pilihanraya Umum 1995,” kata Mahfuz.
Ini kerana Mahfuz kononnya tidak mahu partinya meletakkan beban untuk mengosongkan kerusi Exco kerajaan negeri kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Bukannya MB Azmin dan PKR yang memutuskan hubungan tetapi sebaliknya PAS yang memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR. Oleh itu tidak ada keperluan untuk MB Azmin nak minta Exco PAS meletakan jawatan.
“Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan *rakyat melihat PAS tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala*,” kata Mahfuz.
- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top