.... Mahathir, Mukhriz Tidak Setuju Anwar Jadi PM | AAKJ






Bakal Perdana Menteri ditentukan dalam perbincangan Pakatan Harapan, bukan PKR, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, isu berkenaan belum dibincangkan kepemimpinan tertinggi pakatan itu. “Tak kan tanya saya pula, kena tanya Harapan (Pakatan Harapan).

Saya timbalan presiden Bersatu (PPBM). Ada empat parti dalam Pakatan Harapan.

“Tak apalah kita bincangkan dalam Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan. Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon Perdana Menteri diumumkan sebelum pilihan raya, ” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai hasrat perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-12 di sini, hari ini.

Terdahulu sebaik selepas Amanat Ketua Umum dibacakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sebahagian besar perwakilan yang hadir pada kongres berkenaan berdiri dan mengangkat kertas bertulis ‘Anwar PM ke 7’.

Malah, hasrat menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri jelas didengari ketika ucapan dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad pada Kongres Nasional ke-12 pergerakan itu, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya soalan sama, beliau hanya menjawab ia terpulang kepada rakyat sama ada mahu melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ketujuh atau sebaliknya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top