.... Mahathir Kini Sesuai Ditabalkan Sebagai Maharajalawak | AAKJ





Saban hari bekas perdana menteri yang kini merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat hanya memalukan dirinya sahaja dengan setiap tindakan atau apa yang dikatakannya sekarang.

Dek kerana dendam, beliau membuat pusingan 360 darjah sehingga sanggup berlutut kepada parti kaum Cina DAP yang amat dibencinya suatu ketika dahulu semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rasanya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Mahathir adalah orang yang penjarakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berkuasa dahulu.

Dipecatnya Anwar sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, dan dihumbannya ke Sungai Buluh sebab salah laku meliwat. Namun terbaru, beliau buat lawak apabila sain petisyen untuk bebaskan suami Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Tak lawak ke?

Sesuai jugalah Mahathir sekiranya beliau menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) sebab aksi dan perilakunya semakin kelakar sehinggakan boleh pecah perut tahan ketawa.

Lapan tahun Anwar meringkuk dipenjara sampai tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali Parti Keadilan Rakyat – PKR). Sekarang ini orang yang sama juga mahukan Anwar dibebaskan daripada penjara, pun atas kesalahan meliwat.

Alasan Mahathir adalah kerana tindakannya dulu memenjarakan Anwar atas maklumat Ketua Polis Negara pada masa itu. Jadi sebab itu beliau percaya dan hukum Anwar.

Tetapi dalam soal mengenakan hukuman beliau bukan atas sebab percaya atau tidak percaya tetapi berlandaskan bukti-bukti yang ada maka seseorang tertuduh dikenakan hukuman.

Masa Mahathir jatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar, hampir majoriti rakyat Malaysia tidak percaya perlakuan tidak senonoh Anwar, ahli politik yang kelihatan suci itu. Kenapa Mahathir masih lagi menjatuhkan hukuman terhadap Anwar?

Dan hari ini peristiwa sama berulang, tetapi Mahathir berkata sebaliknya dengan mengatakan bahawa Anwar tidak bersalah dan layak dibebaskan dan kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri Ketujuh.

Benarlah kata orang PAS. Eloklah Mahathir ni duduk masjid dan buat amal ibadah sementara menunggu hari-hari kematian daripada cetus kacau-bilaukan negara, semata-mata tidak puas hati dengan kepimpinan Najib. 

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top