.... Mahathir Akui Kerjasama Dengan DAP Hanya Untuk Jatuhkan Najib | AAKJ





Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui parti itu terpaksa membentuk gabungan bersama DAP, PKR dan PAN biar pun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang diperjuangkan oleh parti-parti tersebut demi mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, pembentukan PPBM hanyalah untuk mencapai satu tujuan iaitu menjatuhkan Perdana Menteri dan ia tidak akan menjadi kenyataan sekiranya mana-mana parti pembangkang bergerak secara bersendirian.

“Kita tubuhkan PPBM dan tujuan parti ini satu saja, iaitu untuk jatuhkan Najib. Untuk ini, kita sedar bahawa sebuah parti saja tak mungkin berjaya seperti juga BN, kalau UMNO atau Najib saja, mereka tak boleh tubuh kerajaan.

“Kalau nak menang, kena gabung… Bukanlah kita bersetuju dengan semua yang mereka perjuangkan. DAP, PKR, Amanah (PAN) ada benda yang dia perjuangkan, itu masalah dialah. Tapi ada satu perkara yang mereka perjuangkan dan kita perjuangkan juga iaitu untuk jatuhkan kerajaan Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Semarak di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mengulas lanjut katanya, jika parti-parti terlibat terlalu memikirkan mengenai perjuangan masing-masing dengan tujuan berlainan, perkara itu tidak akan menyatupadukan mereka.

“Sebaliknya apa yang kita perjuangkan adalah kejatuhan Najib yang mana semua kita bersetuju. Ya, betul dalam pakatan ini ada DAP, ada musuh ketat saya dulu, Lim Kit Siang yang panggil saya ‘mahazalim’ dan ‘mahafiraun’ tetapi itu perkara lama kerana yang penting, kita bekerjasama dengan DAP,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top