.... Lim Kit Siang Masih ‘Berdiam Diri’ | AAKJ





Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terus menggesa Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya menerima pelawaannya untuk berdebat berhubung tuduhan pemimpin DAP itu sebagai seorang diktator.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkata, gesaan itu dibuat berikutan masih tiada maklumbalas mahupun keputusan daripada Kit Siang sejak beliau melontarkan cabaran tersebut pada 4 April lalu.

“Pada bulan lalu, saya ada mencabar Lim Kit Siang untuk berdebat bagi membuktikan dakwaan parti pembangkang tersebut tidak diperintah dan dikawal oleh seorang diktator.

“Tetapi, Kit Siang masih berdiam diri dan sekali gus ini membuktikan bahawa beliau mengakui dakwaan tersebut,” katanya pada sidang akhbar berkenaan isu tersebut di sini hari ini.

Pada sidang akhbar 4 April lalu, Tunku Abdul Aziz mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu selepas penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan Pakatan Harapan.

Berikutan itu, Tunku Abdul Aziz mendakwa keputusan tersebut dilihat sebagai muslihat untuk memperdaya pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top