.... Laporan Bisnis Rafizi: Syarikat Untuk 'Dobi Duit'? | AAKJ



Ada sesuatu yang tidak kena apabila Adam Rosly mula bertindak menyerang Rafizi. Adam Rosly bertindak balas sebagai respon kepada kebiadapan Rafizi dilihat memburukkannya berikutan kes skandal rasuah beliau.

Mungkin Adam Rosly sudah tidak tertahan lagi melihat gelagat Rafizi yang semakin hari semakin berlagak kononnya segala pembongkarannya menentang kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Tun Razak adalah benar belaka. Menyedari kesemua hanya fitnah Rafizi semata-mata, Adam Rosly mula menyerang. Dan serangan beliau ke arah titik kelemahan Rafizi yang rakyat Malaysia tidak tahu selama ini, syarikat milik Rafizi, INVOKE dan NOW.

Khabarnya kedua syarikat ini adalah alat untuk Rafizi membuat keuntungan. Syarikat yang ditubuhkan bukan berorientasi percuma tetapi jelas ianya sama seperti syarikat perniagaan yang ada di Malaysia. Yang membezakannya adalah aktiviti menjual laporan kelemahan dan kekuatan parti lawan, terutama Barisan Nasional.


Rafizi turut mengaku bahawa beliau hanya menjalankan perincian maklumat (mungkin analisis s.w.o.t) terhadap 50 kawasan sahaja - tiada perincian, kawasan mana dan apakah ianya DUN atau PARLIMEN atau keduanya.




Lihat angka yang Rafizi bentangkan di dalam penyata pendapatan INVOKE. Lebihan wang atau dalam bahasa akaunnya tercatat keuntungan sebanyak RM386,212. 

Apakah angka ini hanya 'terhenti' di 'baki di bank dan di tangan' sahaja? 

Bukankah itu adalah keuntungan sebelum cukai bagi syarikat Invoke milik Rafizi? 

Setahun boleh memperolehi keuntungan sebanyak RM300 ribu lebih, adakah ianya satu perniagaan yang 'biasa-biasa'?

Cuba anda kira, melabur dengan hanya tidak sampai pun RM3 juta, anda mampu memperolehi keuntungan yang sebesar itu - RM300 ribu lebih. Berapa peratus keuntungan dari 'kos produk' yang Rafizi perolehi?

Margin keuntungan Rafizi sebelum cukai begitu tinggi dan boleh dikatakan beliau mengambil peratusan laba yang tinggi. Timbul persoalan, benarkah 'harga produk' syarikat beliau itu begitu bernilai dan 'worth' untuk dibeli?

Dalam senarai 'Pendapatan', item yang paling nampak bernilai dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat Rafizi adalah "jualan perkhidmatan sukarelawan secara online..." yang membawa hasil kepada syarikat sebanyak RM1,063,066.

Bagaimana Rafizi boleh mereka cerita kononnya asas atau tulang belakang atau teras utama syarikat INVOKE kepunyaannya adalah begitu spesifik ke arah "Jualan Laporan Bulan INVOKE secara online". 

Kenapa teras perniagaan nampak tidak berhasil sedangkan itulah perkara pokok yang dicanangkan oleh Rafizi kepada kepimpinan pembangkang selama ini. Kononnya beliau ada cara khas 'membaca sikap pengundi'? 

Berkali-kali Rafizi bercerita, INVOKE adalah kajian yang terurus dan tepat tentang pola kecenderungan pengundi. Nampak jelas bukan apa yang terkucil tentang teras bisnis Rafizi ini.



Walaupun di 'Nota-2' Rafizi ada menyatakan aktiviti perniagaan yang beliau lakukan dengan INVOKE namun persoalannya tetap sama, 'harga sukarelawan' melebihi 'harga laporan bulan invoke'. Dan 'notes to the account' tersebut menimbulkan persoalan lagi, kenapa perbesarkan aktiviti pendapatan 'servis manusia' - kenapa tidak perjelaskan aktiviti niaga yang lain juga?

Spesifiknya, Rafizi meletakkan angkubah yang agak tinggi hasil pendapatannya kepada 'harga servis manusia' kerana Rafizi beranggapan 'harga manusia' adalah subjektif dan apabila berdepan dengan siasatan sekiranya berlaku maka Rafizi menjangkakan ianya tidak membahayakan kenyataannya nanti (sekiranya disoal siasat).

Rafizi lupa, orang awam menilai 'untung dan rugi' dan ya, syarikat Rafizi mendapat keuntungan dan badan siasatan akan menilai semua aspek termasuk - dari mana datangnya angka keuntungan yang seperti tidak masuk akal itu. Ada unsur 'cuci duit haram'?

Paling dangkal dan cubaan memperbodohkan rakyat Malaysia gagal apabila di Nota-1, Rafizi perjelaskan beliau tidak mengambil sebarang gaji dan kononnya tiada satu pun perbelanjaan peribadi beliau dibayar oleh INVOKE.

Bagaimana dengan hasil keuntungan tersebut? - Rafizi tidak akan ambil balik wang yang beliau keluarkan untuk pelaburan awal? 

Bagaimana dengan pembayaran kad kredit yang beliau akui menggunakannya? Masih banyakkah baki gaji Rafizi sebagai wakil rakyat Parlimen setelah di longgokkan di dalam INVOKE setiap bulan? - perlu perincian di sini. Kalau Rafizi telus.

Janganlah kerana beliau pernah bekerja di bahagian akaun satu ketika dahulu maka beliau beranggapan orang lain tidak memahami apa yang beliau bentang dan cuba sembunyikan.

Tunggu sambungannya, masih ada agensi yang terkait yang bakal menghambat Rafizi dengan keuntungan sebegitu rupa. 

Syarikat sendiri, duit masuk akaun sendiri - so simple dan tidak perlu berputar alam mengatakan itu bukan duit kita.

Apa yang dibimbangkan, INVOKE hanyalah syarikat tempat dobi duit untuk PKR bersihkan duit dari penyumbang bunian. Angka-angka dan jumlah wang ringgit yang Rafizi tunjukkan begitu meragukan.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top