.... KPDNKK Beri Lesen Perniagaan FOREX? | AAKJ




Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah pihak yang memberi lesen bagi perniagaan tukaran mata wang asing (forex).

SEBENARNYA :

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihak kementerian tidak pernah memberi lesen kepada mana-mana syarikat atau individu untuk menjalankan perniagaan tukaran mata wang (forex).

Beliau berkata, ramai yang beranggapan bahawa kementerian berkenaan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen bagi skim pelaburan forex serta selalu menyalahkan kementerian apabila pelaburan yang dibuat gagal memperoleh duit yang dilabur.

SUMBER

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top