.... 'Kondominium Islamik': PAS Guna Tanah Curi? | AAKJ



Dari facebook Wan Azhar


Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan ,
Nazman Che Iberahim
Cuba Menjawab Isu Kondo Masjid Telipot, maka ambo tuliskan kembali apa yang beliau kata dan apa kedudukan sebenar.
..............................

MAKLUMAT PROJEK APARTMENT JALAN TELIPOT

1. Tanah milik Yayasan Islam Kelantan, YIK

Tanah lot 10038 (PT470) didaftarkan atas nama YIK

JAWAPAN AMBO: Tanah ini adalah tanah yang diberikan oleh Allahyarham Dato Asri pada 1967 untuk dibina sebuah tadika pertama di Kelantan dengan nama Tadika Sakinah(mengambil nama Isteri beliau sendiri), Cikgu Che Jamilah Arshad merupakan guru pertama Tadika Sakinah dan ketika itu Masjid Telipot masih tiada disitu, dan bila BN mula memerintah tahun 1978 , Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob meletakkan pentadbiran Tadika itu dibawah Yayasan Islam Kelantan dan ditukar nama Tadika Tengku Anis. Peranan Yayasan pada ketika itu adalah hanyalah 'caretaker' kepada tanah tersebut bukan diberi milik kepada Yayasan Islam Kelantan secara rasmi. dan pada tahun itu jugalah keluar tender untuk membina Masjid Telipot yang merupakan Masjid Ketiga terbesar Kelantan selepas Masjid Muhammadi dan Masjid Kg Sireh. Tanah ini hanyalah menjadi rasmi milik YIK pada 30 Julai 2014.

2. Kebenaran Merancang atas tanah tersebut bukan lot Masjid

Permohonan dan kelulusan KM adalah bagi Lot 10038 sahaja tanpa melibatkan lot Masjid sebagaimana kelulusan MPKB-BRI(P)PP 431/20/2014(12) .

JAWAPAN AMBO
: Ini satu pembohongan yang nyata Kebenaran merancang dihantar oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN pada 21 Julai 2014 dan jelas atas lot 235 iaitu Lot Masjid kerana LOT PT470 masih lagi tiada ketika itu , dan inilah tajuk yang dihantar kepada MPKB pada ketika itu :MPKB/OSC/431/20/2014 : PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH APARTMENT DARUL NAIM 24 TINGKAT YANG MENGANDUNGI 150 UNIT STUDIO, 34 UNIT BILIK JENIS A(1 BILIK), 48 UNIT BILIK JENIS Ai, 92 UNIT UNTI JENIS B(3 BILIK), 10 UNIT JENIS C (BILIK 3), 24 UNIT JENIS C1 (2 BILIK), 24 UNIT JENIS C2 (3 BILIK) DAN 420 UNIT PARKING BERTINGKAT DI ATAS LOT 235, SEK 20, MUKIM BANDAR KOTA BHARU, DAERAH KOTA BHARU, JAJAHAN KOTA BHARU. oleh YAYASAN ISLAM KELANTAN di Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ambo tahu Sdr Nazman kutip jawapan ini dari mereka yang nak menutup bangkai yang mereka lakukan.

3. "Public enquiry" tak perlu ada

Penduduk setempat boleh membuat bantahan dalam tempoh sebulan selepas kelulusan KM diperolehi melalui Lembaga Rayuan.

Walaubagaimanapun, TIADA bantahan dibuat dalam tempoh masa tersebut.

JAWAPAN AMBO : ini juga satu pembohongan yang nyata, kerana pada 2013 selepas pilihanraya umum Segala operasi TADIKA TENGKU ANIS dipindahkan ke Tadika Tengku Anis 2 di Sebelah Masjid Kg Sireh ,Penutupanya menurut salah seorang penduduk di situ hanya diberi tempoh notis 9 hari sahaja kepada ibubapa. Setelah mengetahui tujuan pengosongan adalah untuk membina Kondominium 24 tingkat disitu ,pada 10 Sept 2014, Satu surat Bantahan Penduduk dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan , dialamatkan kepada Menteri Besar Kelantan dan salinan kepada banyak pihak yang terlibat termasuk ADUN BUNUT PAYONG, AHLI PARLIMEN KOTA BHARU dan Pengurusan tertinggi YIK,-SURAT ITU TIDAK DILAYAN.
Pada Mac 2015 seluruh struktur Tadika Di robohkan.

4. Kariah masjid telah bersetuju

Satu sesi taklimat khas berhubung cadangan projek ini telah dibuat antara Pengurusan PKINK dan AJK induk Masjid Sultan Muhammad II pada 14 Februari 2016 bertempat di Bangunan PKINK.

AJK masjid yang hadir telah diberi gambaran dan pencerahan terperinci berkaitan projek tersebut

JAWAPAN AMBO: Saya cadangkan Sdr Nazman Che Iberahim datang berjumpa dengan Sdr Mohd Yasmin Yusoff , Wakil Kejiranan Raja Dewa yang bertungkuslumus bersama penduduk keluar masuk SUK menghantar surat bantahan tetapi tidak dilayan. Berhentilah menggunakan alasan bodoh bahawa AJK Masjid tidak membantah kerana seperti mana Sdr Nazman tahu Pengerusi AJK Masjid adalah orang yang sama berada dalam Board YIK dan SEDC serta berkuasa dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

#Helpmasjidtelipot #perebohPASKelate
#Tekad #inilahmasanya

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top