.... KJ Ingatkan Mahathir | AAKJ





Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mempertimbangkan kerjasama Proton Holdings Berhad (Proton) dengan syarikat luar negara sekali gus membuktikan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah menentang penglibatan asing terhadap pengeluar syarikat nasional itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah dibangkitkan Dr. Mahathir pada tahun 2014 apabila beliau secara terbuka dan meminta bantuan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) demi memulihkan semula Proton melalui satu artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review.

Khairy turut berkongsi menerusi laman sosial Twitternya berhubung satu lagi artikel berkaitan yang pernah disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2005 bertajuk “Mahathir: Volkswagen Boleh Beli Saham Proton”.

Dalam artikel berkenaan, Dr. Mahathir yang merupakan Penasihat Proton ketika itu berkata, Proton bersikap terbuka seandainya pengeluar automatif terkemuka Jerman, Volkswagen mahu membeli kepentingan dalam syarikat itu.

Artikel Nikkei pula menyebut Dr. Mahathir dan pemilik Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah ke negara China untuk mengadakan pertemuan dengan Geely bagi meminta bantuan menyelamatkan Proton.

“Nothing left to see. Move on (Tiada apa lagi nak diperkatakan. Bergeraklah ke hadapan),” tulis Khairy semalam sebagai reaksi berhubung kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang meluahkan rasa sedih terhadap penjualan 49.9 peratus ekuiti Proton kepada Geely dengan berkata: “‘Anak’ saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya.”

Khairy menambah, DRB-Hicom masih pemegang saham terbesar dalam Proton berban­ding Geely mengikut jumlah pe­ratusan ekuiti tersebut.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top