.... Kit Siang Umpama Jam Rolex Pasar Malam | AAKJ



Dalam usahanya untuk membongkar kebenaran di sebalik skandal FOREX 1990 Bank Negara Malaysia (BNM), ia akan menjadi tidak lebih daripada satu pembaziran masa bagi Pasukan Petugas Khas untuk mendapatkan kerjasama penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ini adalah pendapat bekas penasihat BNM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berdasarkan apa yang beliau sifatkan sebagai ‘corak tingkah laku tidak menentu sejak kebelakangan ini ‘ orang kuat DAP itu.

Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Tunku Abdul Aziz berkata pada masa lalu, Lim dengan pantas menuduh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin tentang salah laku berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh Bank Negara dalam skandal forex itu.

“Lim Kit Siang turut menulis sebuah buku untuk mengukuhkan lagi dakwaannya tentang jenayah Mahathir dan Daim dalam urusan yang kotor ini.

“Dalam keadaan politik hari ini yang jauh berubah, saya sama sekali tidak akan terkejut jika Lim Kit Siang memutuskan bahawa ia adalah lebih baik untuk mengelak daripada situasi yang berbahaya dan bukannya berdepan dengannya dan mengubah tindakannya sewajarnya untuk mengelakkan masalah dengan rakan kongsi politik barunya yang sangat pelik itu,” kata Tunku Abdul Aziz.

Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu merujuk kepada Lim dan Mahathir yang berada di sisi jurang politik yang sama sejak kebelakangan ini, dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Tunku Abdul Aziz berpendapat bahawa pada masa ini, Lim yang memerlukan Mahathir lebih daripada sebaliknya.

“Lim Kit Siang jelas adalah ‘political animal’ tanpa rasa bersalah dan ia seolah-olah ditakdirkan bahawa orang yang kini berkongsi nasib politik dengannya, Mahathir, keluar dari acuan ‘morally-battered’ yang sama.

“Nampaknya, cita-cita besar terakhir Lim Kit Siang adalah untuk mendapatkan trofi politik yang paling didambakan negara, pejabat Perdana Menteri Malaysia.

“Beliau tidak akan mengatakannya secara terbuka kerana itu akan menyebabkan rasa takut kepada Tuhan di kalangan orang Melayu. Jadi beliau memerlukan seseorang seperti Mahathir di mana beliau boleh bersembunyi di belakangnya,” kata Tunku Abdul Aziz.

Ini, katanya, adalah sebab mengapa Lim tidak akan teragak-agak untuk melakukan semuanya, termasuklah ‘penggunaan senjata penipuan besar-besaran beliau’ ke atas pengundi Melayu dengan memastikan mereka jahil tentang objektif beliau yang sebenarnya.

“Saya tidak fikir Lim Kit Siang akan melakukan semuanya dan merisikokan survival politiknya dengan memberitahu secara sukarela sebarang maklumat kepada Pasukan Petugas yang boleh menunjukkan penglibatan Mahathir dan Daim.

“Sebagai seseorang yang semulajadinya dilahirkan sebagai ‘suvivor’, naluri beliau adalah untuk menjadi sangat selektif dan berjimat dengan maklumat yang beliau akan berikan kepada Pasukan Petugas. Pendek kata, jangkakan, seperti biasa, untuk ditipu oleh Lim Kit Siang,” katanya.

“Atau adakah Lim Kit Siang akan membuktikan bahawa saya salah dalam hal ini? Saya diberitahu untuk jangan tunggu; tabiat lama susah untuk diatasi,” katanya.

Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pakatan rahsia antara Lim dan Mahathir yang beliau dedahkan sebelum ini, dengan mengatakan bahawa ini adalah di mana perjanjian itu menjadi berguna.

“Walaupun sangat membenci Mahathir, Lim Kit Siang perlukan Mahathir sebagai wajah Melayu yang boleh membantu beliau menenangkan kebimbangan Melayu.

“Selain itu, dalam diri Mahathir, Lim Kit Siang melihat seseorang yang akan menjadi lebih dari gembira, dalam bahasa elegan tersendiri DAP, untuk menggunakan orang Melayu untuk merosakkan orang Melayu,” katanya, sambil menambah bahawa jika Mahathir mampu melakukan apa yang telah beliau lakukan kepada Umno, parti yang meletakkan beliau di kedudukannya, maka menjual orang Melayu adalah sesuatu yang mudah.

Mengulas lanjut mengenai Lim, Tunku Abdul Aziz menegaskan bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu akan berpura-pura bahawa beliau melakukan kesemuanya untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Beliau juga adalah seorang diktator talam dua muka, yang tidak akan teragak-agak untuk mengekalkan dinasti politik beliau yang kini amat goyah itu. Semua kata-kata beliau mengenai patriotisme dan menyelamatkan Malaysia hanyalah kata-kata kosong sahaja.

“Lim Kit Siang sebagai ketua adalah sepalsu jam tangan emas Rolex yang dibeli di pasar malam. Dan itu adalah pujian.”

Walau bagaimanapun, untuk berlaku adil, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau mengakui bahawa dalam sekurang-kurangnya satu aspek penting, Lim adalah seorang yang ‘betul-betul ikhlas’.

“A genuine unadulterated dictator,” katanya.

Malaysian Outlook

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top