.... Kit Siang mahu ambil tindakan mahkamah terhadap Annuar Musa | AAKJ





Sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat pemimpin DAP ke atas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berhubung buku bertajuk ‘DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam di Malaysia’.

Laporan pertama dibuat Ketua Sosialis Muda DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh di balai polis di Ipoh, Perak dan laporan kedua oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeoh Bee Yin di balai polis di Kuala Lumpur.

Kah Woh mendakwa, buku yang memuatkan 16 artikel hasil pertandingan penulisan rencana mengenai DAP itu dikatakan mempunyai unsur memburuk-burukkan parti berkenaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga membayangkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Annuar atas buku yang dianggap rasis itu.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan belum lagi mendapatkan naskhah buku itu dan dikatakan teruja untuk membacanya.

Sementara itu, Annuar pada majlis pelancaran buku itu di Shah Alam kelmarin dilaporkan berkata, rencana yang dimuatkan dalam buku itu memenuhi kriteria pertandingan dan pemenang hadiah utama mendapat wang tunai RM10,000.

Namun, katanya, beliau akur dengan permintaan penulis untuk tidak menyiarkan nama mereka atas dasar faktor keselamatan.

“Kita memahami permintaan ini kerana mereka hanya pemerhati politik dan tulisan mereka berdasarkan kepada pemerhatian mereka.

“Yang penting semua artikel itu mempunyai mutu penulisan yang baik fakta yang diberikan juga bertepatan dengan keadaan semasa politik DAP,” katanya.

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top