.... Khairuddin “Galak” Fitnah Kerajaan, Isteri, Kakak Ipar Sibuk “Buat Duit” Di TV3 | AAKJ



DRAMA Mak Cun musim ketiga kini sedang bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, pada pukul 9 malam di TV3. Sesebuah Drama secara logiknya apabila ianya sudah masuk musim ketiga secara ini bermakna drama tersebut mempunyai peminat tersendiri dan pemilik drama Mak Cun boleh “demand” nilai kontrak yang lebih tinggi daripada episod permulaan.

Bayangkan drama Mak Cun membuat pengambaran di luar negara dan negara tersebut bukannya di sekitar ASEAN malah hingga ke Eropah dan Turki, di sini pun kita boleh menganggarkan betapa drama ini bukan berada pada harga yang biasa-biasa sahaja.

Tonggak utama peneraju drama ini adalah kakak ipar dan isteri kepada individu yang begitu benci kepada “Government of the day”, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Media Prima wajar memberi kenyataan mengapa dua pelakon tersebut yang berkemungkinan pemegang saham kepada syarikat penerbitan drama itu memperolehi kontrak penerbitan drama yang nilainya mungkin jutaan ringgit.

Datuk Seri Fateh Iskandar selaku pengerusi Media Prima perlu sensitif kepada perkara-perkara sebegini. Masih ramai lagi penerbit drama yang menyokong “Government of the day” dan kualiti drama mereka jauh lebih baik dari drama Mak Cun yang dilihat majoritinya aksi lawak bodoh dan hanya sedikit atau tidak ada langsung unsur nasihat yang berguna kepada rakyat.

Kita juga mempersoalkan apa sumbangan Mak Cun ketika berada di luar negara untuk mempromosikan negara kita kepada orang luar.

Kakak ipar dan isteri Khairuddin perlu juga tampil untuk mendedahkan berapa sebenarnya nilai kontrak yang mereka perolehi.

Sumber – PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top