.... Ketua Bahagian PPBM Taiping Kata Hamizura Jual Babi? | AAKJ




BUKAN lagi rahsia bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang bergolak. Parti yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai presiden dihuni oleh ahli-ahli yang kecewa dalam UMNO disebabkan kepentingan peribadi mereka tidak dipenuhi.

Mereka ini beralih kepada PPBM dengan harapan segala kehendak peribadi tersebut dapat direalisasikan. Namun sekali lagi mereka ini kecewa apabila berlaku perebutan jawatan serta kepentingan.

Walaubagaimanapun kita tidak pernah terlintas akan melihat status-status yang melampau dan tidak dapat diterima akal fikiran yang waras sedang berlegar-legar di media sosial ketika ini.
Menurut status yang dimuatnaik oleh Hamizura Osman, projek bulan Ramadhan beliau kini digelar  sebagai projek jual babi oleh Ketua Bahagian PPBM Taiping.
Wahhhh.. Lepas dapat watiqah jadi ketua bahagian PPBM Taiping.. Terus kata projek bulan ramadhan saya projek jual babi ? Ini apa punya standart ni? Jangan hina saya sampai tahap ni… Memang tak ada jasa saya pada PPBM ni… Tapi kalau tak saya yang bawak PPBM ke Perak… Ko tak dapat jadi ketua bahagian. Let start the game… Nak sangat kan?- Hamizura Osman
Malah menurut Hamizura, Ketua Bahagian PPBM Taiping tersebut bakal mengadakan mesyuarat di Taiping supaya beliau tidak hadir disebabkan takut memandangkan kumpulan tersebut yang ramai bakal menunggu. Oleh itu, Hamizura mempersoalkan adakah kumpulan tersebut berniat untuk memukul beliau sekiranya Hamizura tetap hadir dalam mesyuarat PPBM tersebut.
Apa??? nak buat mesyuarat PPBM kat Taiping… Supaya saya takut datang??? Mereka kata nak tunggu dengan puak puak depa…. Kenapa ramai ke gengster kat sana nak tunggu saya supaya saya takut datang? Mubin Salleh... deme nak pukul hakak ke apa?- Hamizura Osman
Nampaknya parti orang-orang kecewa ini dipenuhi mereka yang berjiwa pemberontak apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak dipenuhi.  Sememangnya merupakan satu hikmah yang besar apabila mereka keluar dari UMNO dan menyertai PPBM.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ramai menyatakan bahawa Datuk Hamidah dan Hamizura Osman adalah penyumbang utama kekalahan BN di situ.




SUMBER YUSMANZAHARI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top