.... Ketepikan Permasalahan Kecil Demi Anak Bangsa – MB Razif | AAKJ





USIA 71 tahun menjadikan UMNO sebuah parti matang yang bukan hanya mempunyai wawasan besar pada 2020 tetapi bersiap siaga menanti 2050 dengan mempersiapkan modal insan berkemahiran sesuai dengan zaman dan keperluan pasaran.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dalam perutusannya sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 berkata, sebab itu kerajaan memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan meraikan aspirasi orang muda kerana zaman itu adalah waktu mereka.

Beliau juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, demi ‘survival’ anak bangsa, semua pihak seharusnya mengetepikan soal permasalahan kecil yang merugikan dan menjadikan kisah Pak Kadok yang menang sorak tetapi kampung tergadai sebagai panduan.

“Pemimpin boleh datang dan pergi, namun ahli UMNO mesti istiqamah dan beriltizam serta bersama-sama melangkah menjunjung perjuangan sampai jaya.

“Saya yakin dengan semangat kecintaan kepada parti yang tinggi, UMNO akan tetap teguh berdiri walaupun diasak badai dipelbagai penjuru. Insya-Allah benih yang ditabur hari ini akan kita tuai bersama suatu hari nanti,” katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top