.... Kerajaan PKR Selangor DIramal Akan Tumbang | AAKJ





Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah kepimpinan Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat semakin goyah berikutan masalah demi masalah yang menghimpit parti itu.
Sejak akhir-akhir ini spekulasi mengenai Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan bertukar tangan hangat diperkatakan.
Bagaimanapun, spekulasi tersebut kini seolah-olah bakal menjadi realiti selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan akan berlaku peralihan kuasa pemerintahan di negeri itu.
“Biasalah, kemungkinan boleh berlaku,” kata Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu memberi ‘bayangan’ susulan Majlis Syura Ulama PAS dijangka membuat keputusan memutuskan tahalul siyasi dengan PKR dalam masa terdekat.
Semalam, tular mesej di media sosial bahawa enam ADUN termasuk daripada empat daripada PKR mengadap Sultan Selangor.
Tindakan itu dipercayai sebagai tanda tidak menyokong Menteri Besar, Azmin Ali. Malah kumpulan ADUN itu didakwa akan keluar parti dan seterusnya membentuk kerajaan negeri baharu bersama Barisan Nasional dan PAS.
Dek kerana ingin menutupi masalah yang dihadapi, perkara itu dinafikan oleh kepimpinan PKR serta ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail melalui Twitter miliknya, kelmarin.
Mengulas mengenai keputusan putus hubungan dengan PKR, Abdul Hadi mengatakan semua pemimpin PAS di Selangor akan patuh kepada arahan kepemimpinan tertinggi jika keputusan putus hubungan dengan PKR dimuktamadkan.
“Kepatuhan kepada arahan adalah penting. Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” kata Abdul Hadi.
Dalam pada itu, beliau turut ditanyakan kemungkinan pilihan raya di negeri itu diadakan lebih awal, berkata perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain berpandukan kepada perlembagaan negeri berkenaan.
-Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top