.... Kerajaan DAP Pulau Pinang 'Melantak' Duit Rakyat | AAKJ





Selama ini puak Pakatan Harapan mendakwa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membawa bebanan kepada rakyat. Malah puak pembangkang ini juga begitu lantang mendakwa kononnya Najib seorang pemimpin yang gagal kerana gagal bawa Malaysia menjadi negara maju.

Demi meraih sokongan rakyat, puak pembangkang ini akan gula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji-janji ‘manis’. Tindakan mereka itu dilihat cuba meraih simpati kononnya mereka sebenarnya mempertahankan hak rakyat, sedangkan secara faktanya mereka hanya bercakap berlandaskan nafsu jahat sahaja.

Bagaimanapun, saban hari puak pembangkang ini sebenarnya menunjukkan mereka tidak layak menerajui negara. Jika dilihat cara pentadbiran mereka selama ini, hanya membawa penderitaan dan bebanan kepada rakyat.

Ini dapat dilihat apabila Ketua Pemuda Bahagian Tanjung MCA, Lim Swee Bok mendedahkan pembaziran wang rakyat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sememangnya wajar apabila beliau mengutuk kerajaan Pakatan Harapan membelanjakan wang seperti air dan menjual tanah serta aset negeri. Ini menunjukkan pengurusan kewangan mereka yang lemah.

Jadi, jika puak pembangkang ini berjaya merampas Putrajaya, cuba bayangkan apa yang akan jadi? Ia merupakan satu bencana kepada Malaysia.

Swee Bok berkata selepas Laporan AG diumum, barulah orang ramai mendapati kenyataan PH bahawa mereka akan mengurangkan “pembaziran” perbelanjaan kerajaan tahunan dengan mengurangkan rasuah dan kurang pembaziran adalah satu bohong besar.

Laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan perbelanjaan tahunan kedua-dua kerajaan Selangor dipimpin PKR dan kerajaan Pulau Pinang dipimpin DAP meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan sejak 2008.

“Pilihan raya umum adalah dekat dan Pakatan tidak lama lagi akan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka boleh mengurangkan “pembaziran” dalam perbelanjaan kerajaan tahunan dengan mengurangkan rasuah dan pembaziran, serta mengurangkan bil gaji kakitangan awam.

“Tetapi fakta adalah betul-betul bertentangan. Rekod kewangan kerajaan PH telah mendedahkan pembohongan mereka yang memalukan,” kata Swee Bok.

Pada tahun 2007, setahun sebelum Pakatan mengambil alih Selangor, perbelanjaan operasi kerajaan adalah RM1.15 bilion dengan gaji pada RM169 juta. Namun selepas mengambil selama 3 tahun, semunya berubah.

Pada tahun 2011, perbelanjaan negeri untuk tahun tersebut telah meningkat kepada 1,453 bilion dengan bil pembayaran gaji pada RM266 juta. Dan pada tahun 2015, perbelanjaan kerajaan Selangor telah dua kali ganda kepada RM2.134 bilion manakala gaji lebih daripada dua kali ganda kepada RM362 juta.

Pulau Pinang adalah lebih teruk lagi. Pada tahun 2007, setahun sebelum DAP mengambil alih, perbelanjaan operasi Kerajaan Pulau Pinang adalah RM252.25 juta manakala kos upah/gaji adalah RM 78.15 juta.

Menjelang tahun ketiga berkuasa, parti rasis DAP telah menggandakan perbelanjaan pentadbiran negeri pada tahun 2011 kepada RM464.57 bilion manakala gaji telah meningkat kepada RM112.65 juta termasuk peningkatan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO dan Ketua Menteri.

Tambah Swee Bok, keadaan yang lebih teruk ialah RM1.5 bilion untuk perbelanjaan pentadbiran negeri dalam bajet Pulau Pinang 2017 – 500% lebih sebelum DAP mengambil alih Pulau Pinang. Ini sangat mengejutkan.

“Anda boleh bertanya bagaimana pula mereka masih berpendapatan lebihan jika mereka membelanjakan wang seperti air?

“Jawapannya ialah melalui menjual tanah dan aset negeri. Tanya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor untuk menyenaraikan tanah dan aset yang mereka telah jual sejak tahun 2008 dan anda akan terkejut.

“Jadi, bagaimana orang ramai boleh percaya Pakatan Harapan apabila mereka berkata akan mengurangkan perbelanjaan dan bil gaji Kerajaan Persekutuan selepas mereka menang Putrajaya.

“Tetapi rekod yang diaudit menunjukkan mereka tidak mampu untuk melakukannya di negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka, tetapi sebenarnya meningkat lebih cepat daripada Kerajaan Persekutuan? Propaganda PH hanya merupakan satu pembohongan,” kata Swee Bok. 

- Utara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top