.... Kenapa Azmin, Zuraidah Yang Jadi Panel Kes Adam Rosly? | AAKJ






Buat masa ini, Jawatankuasa Disiplin PKR masih meneliti isu seorang daripada pemimpin pemuda parti itu yang kini didakwa atas tuduhan memberi keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, siasatan kes Datuk Adam Rosly Abdullah itu diserahkan kepada dua pemimpin kanan parti itu.

Mereka ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, Azmin dan Zuraida sedang meneliti kes berkenaan.

"Seperti yang kami kata, PKR tidak teragak-agak, tidak bertolak ansur dengan sebarang amalan rasuah. Sekarang ia di tangan ketua disiplin," katanya kepada media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Adam Rosly, 29, kini berdepan enam tuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu.

Dia didakwa memberi keterangan berkenaan untuk memperdaya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat sumber kekayaannya.

Adam Rosly yang didakwa pernah menjadi anggota PAS, kini ialah ketua pemuda PKR Ampang.
 
Nurul Izzah menyatakan bahawa hasil siasatan ke atas Adam Rosly itu akan dirujuk kepada Biro Politik PKR sebelum keputusan selanjutnya diambi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top