.... Kejadian Pukul Di Masjid Austin : Perlukah Ada Papan Tanda Sebagai Peringatan? | AAKJ



DALAM negara yang berbilang kaum dan mengamalkan anutan yang berbeza dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia kita sepatutnya saling menghormati diantara satu sama lain.

Kegagalan untuk berbuat demikian akhirnya akan mencetuskan keadaan yang huru-hara dan mengakibatkan ketegangan diantara kaum. Perkara ini telah cuba dielakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia dari saat negara kita mencapai kemerdekaan lagi.

Baru-baru ini PRU14.tv menyiarkan artikel bertajuk Kejadian Pukul Di Masjid Austin: Ada Bukti “Kenderaan Tidak Boleh Masuk” . Berdasarkan beberapa sumber, terdapat notis pemberitahuan bahawa jalan tersebut ditutup setiap hari jumaat bermula dari jam 12 tengahari sehingga jam 2.30 petang untuk dijadikan tempat letak kereta.

Namun melalui beberapa komen, mereka mendakwa bahawa papan tanda tersebut bukan berada di lokasi masjid Austin. Persoalannya, perlukah rakyat Malaysia diperingatkan dengan satu papan tanda agar menghormati ibadah solat Jumaat di kawasan masjid yang dijalankan setiap minggu memandangkan Islam merupakan agama rasmi Malaysia.

Kita amat maklum dengan dengan tindakan parti pembangkang yang sering memperlekehkan agama Islam dan orang Melayu selama ini. Suara azan dipertikaikan. Kalimah Allah cuba dipermainkan. Masjid dijadikan tempat meraih undi para pemimpin bukan Islam parti pembangkang tanpa menghormati institusi tersebut.

Menurut sumber, lelaki Cina tersebut membuat laporan polis mendakwa ketika berada di hadapan surau terbabit, dia mendapati sebuah kereta menghalang laluannya menyebabkannya membunyikan hon. 


Menurutnya, selepas itu seorang lelaki keluar dari surau itu dan mengalihkan kenderaan dan pengadu membunyikan hon semula sebelum tiba-tiba sekumpulan lelaki datang dan terus memukulnya dengan tangan dan topi keledar sehingga menyebabkan keretanya turut rosak. Susulan itu, polis menahan empat individu di hadapan surau Austin Perdana bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Suspek berusia antara 21 tahun dan 55 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 1 pagi. Bagaimanapun, semua mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis, tiga jam kemudian selepas selesai diambil keterangan.

Kita amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci berkenaan insiden ini dan tidak melepaskan mereka yang sepatutnya.
PRU14.tv









Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top