.... Kehendak Mustafa Ali, PAN Tidak Malu | AAKJ





Penguguran Datuk Mustafa Ali daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas adalah atas permintaan beliau sendiri.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustapa telah berjumpa Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memberi pandangan supaya jawatan tersebut diberikan kepada tokoh baharu yang layak.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelbagai pihak supaya tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu.

“Dalam pertemuan itu, Mustapa juga memaklumkan bahawa beliau sedia menjadi penasihat dan pembimbing dalam Pas. Presiden lihat cadang Mustapa itu positif dan mengambil Mustapa sebagai penasihatnya.

“Pengalaman Mustapa dalam parti cukup lama dan kita yakin beliau mampu membimbing pelapis-pelapis muda dalam Pas,” katanya dalam sidang akhbar di JKR 10 di sini hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim menempelak PAN kerana tidak malu meminta jawatan sebagai Exco dalam kerajaan negeri Selangor.

Katanya, keadaan di Selangor ketika ini masih baik dan tidak perlu ada rombakan pentadibiran.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top