.... Kedudukan Azmin Ali : Kenapa Elizabeth Wong Pula Buat Kenyataan? | AAKJ




Belum pernah lagi rasanya, spekulasi berkenaan sebarang pilihan raya mengejut dijawab oleh pemimpin bawahan kerajaan dan bukannya Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar, tetapi sebaliknya pula yang berlaku di Selangor.

Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pula mengeluarkan kenyataan bahawa di negeri itu tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti apa yang diperkatakan banyak pihak sekarang ini. Mereka membuat andaian bahawa Selangor akan mengadakan pilihan raya memandangkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali makin hilang sokongan memandangkan PAS tidak lama lagi akan memutuskan hubungan dengan mereka.

Bagaimanapun, apa muslihatnya kerana bukan Mohamed Azmin yang mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana beliau yang mempunyai kuasa mutlak bertemu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukannya Elizabeth.

“Mengikut apa yang kami tahu, kemungkinan untuk pilihan raya awal di Selangor memang tidak ada,” katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.

Biasanya jika Exco atau Menteri ditanya berkenaan soalan sebegitu, mereka tidak akan berani menjawab sebaliknya menyerahkan kepada Mohamed Azmin untuk menjawabnya, dalam hal Elizabeth ini, beliau berani membuat kenyataan melangkaui Menteri Besar.

Elizabeth sudah lupa agaknya, bahawa dalam isu skandal seks dan gambar separuh bogelnya yang tersebar satu ketika dulu.

Adakah Elizabeth takut kerana di Selangor jika dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerusi calon PKR dan DAP di mana kawasannya bermajoriti Melayu maka kedua-dua parti itu akan kalah kerana PAS bakal tidak menganggotai lagi pakatan pembangkang.

Wong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan berkata demikian mengulas dakwaan Selangor mungkin mengadakan pilihan raya awal selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

“Kami menunggu keputusan Majlis Syura Ulama PAS, itu proses mereka,” katanya.

Ditanya mengenai perasaannya jika pilihan raya mengejut diadakan, Wong berkata, Selangor adalah negeri paling stabil berbanding negeri lain.

Kerajaan Selangor dibentuk melalui hubungan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS sejak 2008.

Bagaimanapun, hubungan PAS dengan PKR dan DAP menjadi renggang tidak lama selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Bagaimanpun, menurut Wong, PKR bersedia dengan segala kemungkinan ekoran perkembangan terbaru PAS berkenaan.

“Apa yang paling penting ialah kita sentiasa membuka pintu kepada kerjasama politik dengan semua parti. Matlamat kita hanya untuk menjatuhkan BN.

“Kita tidak perlu tertekan. Saya tak tahu mengapa orang lebih tertekan berbanding kami,” katanya.

Wong juga menjelaskan, apa yang berlaku itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya.

“Saya fikir apa yang kita perlu lebih utamakan ialah, bila pilihan raya akan diadakan,” katanya.

– pru14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top