.... Kecam Mat Over, PAN Pertahankan David Teo | AAKJ





“Adakah budaya ‘bodek’ sampai ke tahap ‘gaban’ untuk membuktikan kesetiaan dari kalangan artis.”

Demikian tohmahan melulu Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Dr. Mujahid Yusof Rawa berhubung insiden penerbit filem, David Teo ditampar oleh pelakon dan pelawak, Sulaiman Yassin (Mat Over)

Beliau dalam kenyataannya yang kelihatan mengecam perbuatan Mat Over menampar David Teo mendakwa golongan artis sepatutnya bebas dan tidak dicemari dengan amalan bodek dan rasis.

“Tidak sepatutnya mana-mana pihak dikasari hanya kerana memohon sesuatu penjelasan.

“Golongan artis sepatutnya bebas seperti mana karya mereka, jangan dicemari dengan bodek dan diracuni amalan rasis,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

David Teo ditampar oleh Mat Over gara-gara perbuatan penerbit filem itu mempertikaikan moderator program, Datuk Rosyam Nor di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

David Teo dengan nada yang lantang mendakwa Rosyam tidak memberi peluang kepadanya untuk bercakap dalam program Transformasi Nasional 2050 (TN50) semalam.

Perbuatan itu menimbulkan rasa marah Mat Over kerana kelakukannya dianggap tidak menghormati majlis yang dihadiri pemimpin tertinggi negara tersebut. 

– MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top