.... “Kebanyakan pengacara sekarang sampah!" - Azwan Ali | AAKJ



Semua orang kenal benar dengan Azwan Ali, mulut tak pernah “menapis” kata-kata dalam memberi sebarang komen mahupun memuat naik status di laman sosial.

Terbaru dalam satu temuramah dengan portal gaya hidup, Pepatung dia sekali lagi buat kenyataan kontroversi, menggelar pengacara masa kini sebagai sampah selain menyifatkan mereka golongan ‘patah kandar’.

Namun, dia meletak kesalahan kepada stesen televisyen, penerbit dan pihak produksi yang kurang peka dan sensitif terhadap penetapan seseorang pengacara sehingga menyebabkan pengacara bertambah ego, lupa diri, perasan sekali gus mendorong kepada kegagalan sesuatu rancangan.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini,” petik katanya.

Menyifatkan tugas pengacara sepatutnya penuh adab sopan, bagi Azwan kebanyakan pengacara masa kini datang tanpa kelayakan tetapi dijulang stesen televisyen sebagai wajah pelaris berbakat hebat.

“Kebanyakan rancangan siaran langsung atau program televisyen memilih mereka yang tiada kepakaran dalam bidang pengacaraan tetapi hanya diangkat atas faktor populariti serta rupa,” katanya.

“Begitu juga dengan bintang-bintang komedi yang mendominasi pelbagai rancangan selaku pengacara. Memang mereka lucu dan menyelitkan jenaka dalam penyampaian, tetapi perlu berpada-pada. Ramai yang membuat lawak bodoh ketika siaran langsung sekali gus meranapkan prestij yang sepatutnya dipersembahkan,” tambahnya lagi.

Tanpa merujuk kepada mana-mana insiden secara spesifik, Azwan menekankan kegagalan pengacaraan memberi impak yang menjejaskan banyak pihak.

“Bayangkan bila seorang ketua pegawai eksekutif stesen TV terpaksa terbang jauh demi untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka disebabkan kesilapan seorang pengacara.

“Tuhan beri petunjuk dengan satu insiden. Perlukah ia berulang dengan stesen TV lain, baru kita hendak sedar?” kata Azwan.


sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top