.... Keadaan PKR TIdak Stabil | AAKJ





Pendirian PKR yang tidak konsisten dalam pelbagai isu termasuk pelaksanaan hukum hudud di negara ini mendapat kecaman rakyat.

Rata-rata pengguna media sosial mengutuk pendirian PKR yang berubah-ubah apabila Pre­sidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan bahawa hukum hudud masih boleh dilaksanakan sekalipun Pakatan Harapan yang diketuai DAP berjaya mengambil alih Putrajaya.

Ketidaktentuan pendirian da­lam kalangan parti dalam Pakatan Ha­rapan itu menyebabkan ramai ka­langan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kemampuan mereka untuk mentadbir negara se­kiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berikutan pendirian berubah-u­bah yang diumpamakan seperti ‘lalang’ itu, kalangan netizen menerusi Facebook dan Twitter berpendapat Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan parti yang lebih ‘selamat’ untuk memimpin negara.

Pengguna Facebook, P. Ranjetha menyifatkan pembangkang akan berbuat apa sahaja demi memenangi pilihan raya walaupun­ sanggup mengubah pendirian mereka.

“Lebih baik saya mengundi BN sebagai pilihan lebih selamat selepas setiap parti lain menjadi seperti ‘lalang’ kebelakangan ini,” katanya seperti dipetik di Facebooknya hari ini.

Dalam temubual eksklusif bersama saluran berita Al-Jazeera semalam, jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah mengenai hukum hudud bercanggah dengan pendirian PKR dan Pakatan Harapan.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong hukum hudud, Wan Azizah berkata, sebagai seorang penganut agama Islam beliau menyokongnya, namun tidak memberi jawapan jelas sama ada hukum tersebut akan dilaksanakan atau tidak jika pembangkang menguasai Malaysia sedangkan sekutunya DAP begitu berkeras menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Joseph Lee berkata, “Saya faham daripada perspektif politik, kamu perlu dekati golongan akar umbi untuk menang, tetapi saya amat kecewa. Ini akan menyebabkan DAP hilang undi. Saya amat kecewa dengan kamu parti pembangkang.”

Seorang lagi pengguna Facebook, B. Nilesh turut mengkritik Wan Azizah yang sepatutnya bercakap mengenai cadangan-cadangan daripada partinya untuk pelan pemulihan ekonomi mapan berbanding mengeluarkan pendapat mengenai hudud ketika wawancara dengan media antarabangsa itu.

Donnie Brasco Jr. pula berkata, PKR bersikap flip-flop dan itulah yang rakyat akan dapat daripada ahli-ahli Parlimen boneka.

Lilith Yee turut berpendapat, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang progresif, membangun, adil serta bebas rasuah.

“Sekarang saya telah berfikir bahawa BN adalah sebuah parti yang lebih matang. BN lebih kuat sedangkan pembangkang amat menyakitkan dan belum mampu untuk mengambil alih Putrajaya.

“PKR lemah, tidak bersatu dan tidak berpendirian,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top